Friday, June 7, 2013

Resepi Peria Kacau Goreng

Assalamualaikum...
Rasanya terlalu lamaaaaaa tak makan peria.Apabila terpandang buah peria yang segar, terus jer sambar...dalam hati sudah berangan-angan nk buat Peria kacau goreng..sudah terbayang keenakan sayur ni, ada raa pahit-pahit manja gitew..pahit tu kan ubat..Terus buka blog sendri cari resepi, rupanya baru kuingat rupanya resepi Peria Kacau Goreng ni hanya dikongsikan di myR, tiada kat TMK ni...terus terjah dapur kecil yang satu lagi.Maka terhasil la sayur ni.Memang sedap kat tekak kami ni..
Ratah pun sodap...
RESEPI PERIA KACAU GORENG
Bahan-bahan 
  • 1 biji peria panjang
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji telur
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 2 biji cili merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 sudu makan udang kering (ditumbuk/dikisar)
  • 1/2 kiub ikan bilis
  • Garam
  • Minyak untuk menumis
Cara-cara
  1. Peria dibelah dua, buang biji dan dihiris nipis. Rendam peria dengan air garam. (Saya masukkan 3-4 sudu kecil garam ke dalam air dan rendam selama 20minit.Tujuannya untuk mengurangkan pahit buah peria).Bilas dengan air biasa, kemudian toskan.
  2. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
  3. Kemudian masukkan peria ke dalam kuali.Kacau sebentar
  4. Masukkan telur (yang telah dipukul sedikit dengan garfu).Kacau lagi.
  5. Masukkan kiub ikan bilis.Kacau sebentar sehingga peria sedikit layu.
  6. Akhir sekali masukkan cili merah, kacau sebentar.Tutup api.Dah siap.SELAMAT MENCUBA
 buah peria direndam dalam air garam untuk mengurangkan pahit
Bahan-bahan ditumbuk

14 comments:

Norzila Zakaria said... Balas

utk apa ye kak lina rendam air garam..zila selalu maak peria ni asben suka..tp x penah rendam

LiNa_Pg said... Balas

@Norzila Zakaria
Untuk menghilag/mengurangkan rasa pahit buah peria

Mek Onie said... Balas

okehhhhh,harus try harus try :D

LiNa_Pg said... Balas

@Mek Onie
Cube, jangan tak cuba hehe

tun_telani said... Balas

tun takut nk makan peria.. dh org duk ckp pahit kan..hehe... nnti2 nk try jugak, kot2 laa dh tua2 tekak ni blh terima pulak kan. hihi

Acik Erna said... Balas

assalam lina..acik sampai sekarang tak berani pahit..semua sayur pahit tak makan..
kalau teringin peria..acik masak lomak cili api campur udang..acik cuma makan udang dan kuah..tu pun ada rasa pahit2nya

Amie said... Balas

Kak Amie suka betul kalau jumpa sayur peria ni Lina, kalau makan di kedai pun bila nampak sayur peria terus masuk pinggan... walaupun pahit tapi banyak khasiatnya, dan paling kakak suka sebab boleh cuci perut kita jadi bersih!

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
Tun, peria tak pahit sangat...pahit2 manja jer..
Kalau dapat yg fresh..rendam dalam air garam 15min pun dah tak pahit langsung..

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
wslm...owh acik pun tak mkn peria jugak ek..
saya dulu pun tak bape suka..tp bila dah makan...jadi peberet lak

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Betul tu kak amie..pahit2 tp banyak sangat khasiatnya..

mama sara nur said... Balas

assalam lina
sedapnya makan dgn nasi tgahri ni
akak memang suka kalu mkn kat kedai ada sahlah ambik he heee

zila norazila said... Balas

zila pun jrg rendam sbb suka rasa pahit tue..sedapnya..terasa2 kt tekak nie..tiap minggu mmg beli peria..

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam sedapnya,lama tak masak peria mcm ni, td ingat nak juga cari kat pasar, peria katak je yg ada

Nadz Nazharzan said... Balas

Assallamualaikum kak lina..

Suka mkn peria tp anak2 di rumah ni confirmlah x suka dgn peria ni.. peria yg kecil2 ni mmg best...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...