Wednesday, February 20, 2019

Pancake Gebu Lembut Dan Sangat Sedap (Resepi Dan Video Tutorial)

Assalamualaikum...
Beberapa hari tak sempat bersiaran.Biasalah bila anak2 dah mua bersekolah ni kebizian memanjang.Tapi kat utube channel LiNa Pg selalu update tau...So, kalau korang datang sini tak ada n3 baru cuba tengok kat utube.Dah ada beberapa video dan resepi post kat sana tapi kena tunggu Q untuk post ke sini.Kat blog ni kena karang2 ayat siket, kat utube main post jer sebab caption semua dah masukkan dalam video.Korang jangan lupa subscribe tau supaya channel tu dapat berkembang.Yang mana dah subscribe tu terima kasih banyak2 tau..Muahciked.Okey hari ni saya nak kongsikan resepi pancake yang mudah dan sedap.Pancake ni memang gebuuuuu lembut dan sangat sedap.Tak payah letak madu atau sirap just makan macam tu jer sebab dah sesedap rasa.Tak manis sanagat just nice jer.Resepi Pancake Gebu ni saya sediakan video tutorial, korang boleh refer ke utube nanti saya sertakan link di bawah.
Nah kita susun macam menara camni.Sebelum ni saya susun senget2 macam selang seli...eh...eh..memberi inspirasi plak kat orang lain untuk pose macam tu jugak hehee.
Boleh tengok SINI n3 yang terdahulu

RESEPI PANCAKE GEBU LEMBUT DAN SEDAP
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
https://www.youtube.com/watch?v=XlE1bLiWOis
Bahan-Bahan:  
4 sudu besar minyak masak
1 biji telur  (LiNa Pg gn gred A) 
1 ½ cawan tepung naik sendri 
1 sudu teh baking powder  
3 sudu besar gula 
2 sudu besar susu pekat manis 
1 cawan susu segar (atau susu cair)  
1 sudu besar mayonis  
secubit garam  

Cara-Cara : 
Satukan semua bahan ke dalam blender, kisar sebati. Biarkan adunan selama 10 minit 
Tuangkan sesenduk adunan dlm kuali non stick yg telah panas Terbalikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih (tggu hgga permukaan xcair baru t'blikkan) 
Biarkan seketika, bolehlah diangkat.Hidangkan panas2.
Pancake gebu ni enak dimakan bergitu saja.Sudah cukup lemak manisnya

1 comment:

inahar ali said... Balas

Perghh betul2 gebuss gebass pancake ni lina..nk try la!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...