Kam Heong Ikan Merah

By LiNa_Pg - Thursday, February 14, 2019

Assalamualaikum...
Ikan Merah Masak Kam Heong ni buat beberapa hari lepas, macam biasalah tunggu Q untuk post ke blog.Bahan ada jer dalam folder tapi kekangan masa tu yang tak sempat nak update blog.Time cuti panjang CNY manjang laptop kena hijack dengan anak.Dah mula sekolah ni mama la pulak bizi manjang...Haish macam tulah rutin seharian kan?
Sebenarnya Masak Kam Heong saya pernah buat beberapa kali jugak.Ada guna ayam, Udang pun pernah jugak.Kali ini saya menggunakan ikan merah.Tapi ikan ni memang beli yang fillet.So senanglah nak makan sebab dah tak ada tulang.Sedap tau rasa pedas sedikit berempah dan wangi aroma daun kari.Cubalah...kalau nak guna ketam pun boleh jugak.Kam Heong ni memang jenis kering2 siket.Biasalah Chinese Food memang macam ni kan?
Okey untuk resepi Kam Heong kali ni saya sempat jugak buat video tutorial.Dah publish beberapa hari di youtube sana.So, korang boleg refer ke youtube untuk lebih senang paham.Ekceli tak susah pun nak masak Kam heong ni.Setengah jam pun dah siap.

Walaupun gambar ntah apa apa jer.Tapi serius sedap tau..
RESEPI KAM HEONG IKAN MERAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
  • 300g isi ikan merah
  • Sedikit garam dan kunyit
  • 1 sb tepung jagung
  • 3 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 sb udang kering (tumbuk)
  • 1 sb cili giling
  • 1 sb serbuk kari ikan
  • 2 tangkai daun kari
  • 5 biji cili kering
  • 1 sk asam jawa
  • Sedikit air
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit gula
  • 1 sb kicap masin (jika perlu)
  • Gajus
  • Sedikit garam dan kunyit
  • Minyak
Cara-Cara
  1. Perasakan ikan dengan garam dan kunyit.Gaulkan dengan tepung jagung.Goreng hingga masak.Ketepikan.
  2. Keluarkan lebihan minyak, tingga sedikit untuk menumis.Tumis bahan tumbuk hingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan serbuk kari, tumis sekejap lagi.Kemudian masukkan daun kari dan cili kering.Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan asam jawa dan masukkan sedikit air,masuk gula, sos tiram dan kicap masin (jika perlu)
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.Gaul rata dan masukkan gajus.Siap
  6. Untuk video tutorial Resepi Kam Heong LiNa Pg, sila ke youtube Channel LiNa Pg.Link di bawah

    • Share:

    You Might Also Like

    0 comments