Popia Salted Egg Rangup Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, April 20, 2023

 Assalamualaikum...

Hari ini mesti ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing, tapi kalau ada yang nak buat kudapan raya last minute bolehlah buat popia salted egg ni.Kalau popia cheese atau popia nestum dah biasa sangat kan?kita try pulak popia salted egg, ralit mengunyah sambil menonton tv, tak sedar tiba-tiba balang dah kosong.Sekarang ni dah makin senang, nak makan salted egg tak payah rebus telur masin ke apa, beli yang serbuk je ada jual kat pasaraya/kedai runcit je.

Kepada yang nak balik kampung, selamat balik kampung berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang.Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari lebaran buat semua rakan-rakan blogger dan semua pembaca blog TMK.

popia, popia salted egg, popia sira pedas, popia telur masin, popia basah, spring roll,
letak daun kari siket dan cili flakes nak bagi ada rasa pedas-pedas manja.Anak saya kata rasa macam muruku pulak, sedap lemak-lemak masin (salted egg) dan sedikit pedas dari cili flakes ada pulak aroma daun kari tu..memang layan habis.

resepi popia telur masin/popia salted egg
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
kulit popia secukupnya
serbuk telur masin
cili flakes (optional)
daun kari
minyak

bahan pelekat/gam
tepung gandum
sedikit air

Cara-Cara
  1. Potong kulit popia kepada 3 bahagian, siat/asingkan setian helaian.Gulung menggunakan chopstick/straw.Lekat di bahagian hujung dengan pelekat/gam.Keluarkan chopstick.
  2. Potong gulungan kulit popia kepada beberapa bahagian (lina pg potong kepada 4 bahagian.Ulang proses hingga kulit popia habis.
  3. Panaskan minyak, goreng kulit popia menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan, angkat dan toskan.
  4. Goreng pulak daun kari dan masukkan ke dalam bekas berisi kulit popia yang telah digoreng tadi.
  5. Masukkan serbuk telur masin secukupnya dan cili flakes.Gaul rata.Kuantiti serbuk telur terpulang citarasa, asalkan bersalut dengan kulit popia sudah memadai.Dah siap, boleh masukkan ke dalam balang.Selamat mencuba.
https://youtu.be/oRJvQMho37Y

  • Share:

You Might Also Like

1 comments