resepi sos pencicah ala thai

By LiNa_Pg - Sunday, April 09, 2023

 Assalamualaikum...

Okey sambungan resepi kubis gulung tu, ini dia resepi sos pencicah thailand, mudah sangat tau nak buat ni tahan lama pulak tu.Sos ni dapat bertahan 3 bulan juga (saya simpan dalam peti ais)nak guna ambil siket-siket sekadar buat cicah sahaja.Sesuai untuk cicah cucur, keropok dan pelbagai lagi.Sos pencicah atau colek ni saya buat tak pedas rasa manis manis dan pedas-pedas manja sahaja sesuai untuk semua peringkat usia.

resepi sos pencicah thai, sos thai homemade, sos pencicah keropok, resepi sos thai homemade,

Tips sos pencicah tahan lama (tidak berkulat)ialah masukkan sedikit cuka dan masak dalam tempoh masa yang agak lama.Lagi lama lagi bagus.

resepi sos pencicah thailand homemade
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
5 biji cili merah (buang biji)
5 biji cili padi merah (boleh tambah/kurang)
5 ulas bawang putih
2 sb gula kabung Thai
Gula pasir secukupnya
Garam
1 sb Cuka
1 sb sos ikan
1 sb tepung ubi (bancuh dengan sedikit air)
Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih dengan sedikit air.Kisar kasar sahaja supaya tektur cili masih kelihatan.Kemudian tuang ke dalam periuk.Masukkan 1 cawan air dan biarkan hingga mendidih, setelah mendidih kecilkan api dan reneh hingga air dalam periuk hampir kering.
  2. Masukkan 1+1/2 cawan air dan biarkan mendidih sekali lagi.Kali ini jangan biarkan kering pulak, cukup sekadar mendidih sahaja. 
  3. Masukkan bahan rahsia penyedap sos thai iaitu gula kabung Thai, garam, gula pasir secukupnya ,cuka makan dan sos ikan.Biarkan mereneh sekejap.
  4. Sementara itu bancuh tepung ubi dengan sedikit air.Tepung ubi akan menjadikan sos pencicah cantik berkilat.Warna transparent gitu.Masukkan bancuhan tepung ubi tadi ke dalam periuk dan kacau sebati.
  5. Reneh sambil kacau sos hingga nampak berkilat dan pekat.Sos pencicah kenalah seimbang rasa manis pedas sesedap rasa.Sejukkan sos dan masukkan ke dalam balang.Boleh dihidang atau disimpan untuk kegunaan masa akan datang.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments