kuih bingka tepung beras / resepi bingka tepung beras pandan
Assalamualaikum....
Pernah makan kuih bingka tepung beras?Kalau yang dah biasa/pernah makan, selalunya makan yang putih suci tu kan?Jarang-jarang yang buat versi pandan.Sedap tau aroma pandan masa kuih bingka ni dibakar.Sebenarnya saya nak buat versi putih juga yang old skool tu tapi memandangkan ada daun pandan yang dibeli tapi tak buat apa-apa, nampak dah layu dan tak berapa cantik dah?Saya potong dan kisar lepas tu masuk dalam peti beku.Selamat siket daun pandan tu dan jadi air pandan.Bila ada kerajinan bolehlah buat kuih, maka terhasillah kuih bingka beras pandan ni.Owh ya..untuk memudahkan kerja-kerja membuat kuih, saya sukat terlebih dahulu air pandan tu mengikut resepi yang saya akan buat.
Ada setengah tempat memberi gelaran kuih bengkang jawi atau kuih bengkang orang pantang.Agaknya sebab kuih bingka ini tidak menggunakan telur, jadi mereka yang berpantang pun boleh makan kuih ni tanpa rasa bersalah 😆
- Satukan kesemua tepung, dan bahan kering iaitu gula dan garam.Gaul rata bahan kering.
- Masukkan air pandan dan gaulkan.Seterusnya masukkan santan.Kacau hingga sebati/tiada ketulan dan gula larut.Jika nampak adunan agak pucat, letakkan sedikit pewarna hijau.
- Sediakan loyang 8x8in, alas dengan baking paper dan sapukan sedikit minyak.Ketepikan.
- Tapis dan tuang adunan tadi ke dalam periuk dan masak sekejap hingga naik wap.Tuang ke dalam loyang tadi dan bakar pada suhu 170'c selama 1jam setengah.Suhu oven dan tempoh membakar bergantung kepada jenis oven masing-masing.Jika suka lebih berkerak, boleh tambah tempoh membakar.
- Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum potong.
1 comments
sukaaa
ReplyDeletemasa arwah mak ada rajin jga buat utk dia bila blk kg
memang kesukaan