rendang kerang simple dan sedap

By LiNa_Pg - Friday, April 07, 2023

 Assalamualaikum...

Dah masuk 16 Ramadan, tak lama lagi kita akan menyambut hari lebaran.Bolehlah juga fikirkan juadah raya nanti.Kalau raya selalunya orang akan buat rendang ayam atau daging.Apa kata raya tahun ini buat perubahan, kita buat rendang kerang pulak atau rendang kerang ialah rendang sampingan/pilihan antara ayam dan daging.Mesti laku keras bila buat lain siket.Kalau di utara rendang kerang bukanlah sesuatu yang pelik sangat sebab rendang kerang juga dihidang bersama nasi lemak.Mungkin negeri-negeri di utara ni di kelililingi laut jadi kerang agak mudah didapati walaupun harganya tidaklah begitu mesra rakyat 😂 

Okeylah berbalik kepada resepi hari ini, saya lebih suka kalau masak rendang yang tidak menggunakan sebarang rempah.Saya cuma bahan basic sahaja.Mungkin citarasa saya ialah sesuatu yang lite sahaja.kalau terlalu berempah tekak tak boleh terima, lagipun rendang kita makan gitu aje atau cicah-cicah.Bila masak sendiri itulah pilihan saya.Lainlah kalau makan kat rumah orang atau yang beli, saya makan aje...tidak memilih.Rezeki ada depan mata,makan ajelah kan.

Kalau ada yang tertanya-tanya (dalam hati)awal betul lina pg masak rendang.Simpan frozen untuk raya ke?Taklah sebenarnya rendang kerang ni menu basi dah.Saya beli kerang frozen dari kedai yang sama King Crab/Snow crab tu.Jadinya rendang kerang ni saya masak bulan Disember tahun lepas 😂 .Macam biasalah dia punya lamaaaaa tunggu Q nak masuk dalam blog dan saya pilih resepi yang sesuai untuk ramadan terlebih mendahului rendang ni.Bolehlah lambatkan siket sesuai untuk raya nanti.

resepi rendang kerang, rendang kerang simple,resepi rendang hari raya,raya nak masak rendang apa, kerang masak apa sedap,
kalau tengok hidangan ni memang betul mcam nak raya.Ketupat palas tu adik saya bagi (MIL dia buat dan frozenkan) masa dia balik PRU hari tu.Bila rendang dah siap, saya kukus kejap ketupat tu dan rebus nasi impit.Feeling betul-betul macam raya walaupun bulan Disember 😂 

resepi rendang kerang mudah dan sedap
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan kisar
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 batang serai 

bahan lain
400g kerang (isi kerang)
2 batang serai (ketuk/titik)
2 sb cili kisar (terpulang selera)
sedikit serbuk kunyit
1 asam keping
40g kerisik
1 cawan santan
garam dan perasa
daun kunyit/daun limau purut
minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis serai yang diketuk, bersama bahan kisar, tumis sekejap hingga terbit bau dan sedikit garing.Masukkan cili kisar dan serbuk kunyit, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping, kerisik dan santan, kacau sebentar.Kemudian masukkan kerang,kacau sebentar.Tutup periuk dan biarkan kerang masak sambil kacau sekali sekala.
  3. Masukkan garam,perasa dan daun kunyit, renehkan sekejap.Tutup api.Rendang kerang dah siap.
Note:
resepi rendang kerang ini tidak menggunakan rempah penumis 4 beradik dan bahan yang digunakan sangat simple.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments