resepi singgang daging kelantan

By LiNa_Pg - Wednesday, April 12, 2023

 Assalamualaikum...

Hari ini lambat siket bersiaran, kadang-kadang kekangan masa membuatkan saya tak semoat untuk menulis.Saya cuba untuk habiskan semua resepi yang masih ada dalam folder sebab nanti nak masukkan resepi sempena raya pula.Kita buat n3 ringkas sahaja, saya nak kongsi idea untuk lauk berbuka puasa iaitu singgang daging.Saya suka singgang yang kosong sahaja iaitu yang tidak ada rempah dan warna singgang agak plain sahaja.Kalau yang letak budu warna kuahnya akan kemerahan sedikit.Tetapi saya ini jenis yang tidak cerewet pasal makan, semua pun saya makan.Permintaan suami supaya masak singgang tak letak budu kerana kebelakangan ini dia sangat 'bermusuh' dengan budu, padahal itulah makanan kegemaran dia sejak kecil.Rupanya budu sangat trigger gout beliau.

Okey berbalik kepada resepi kita singgang daging, saya menggunakan daging tetel, tapi jenis yang tak ada lemak,ada sedikit urat-urat dan daging sahaja.Cara suka masak singgang style bonda saya iaitu reneh api kecil hingga daging menyerap semua bahan dan segala masam, masin dan pedas,barulah kita tambah air untuk kuah.Proses memasak akan mengambil masa yang agak lama untuk daging empuk, tapi rasanya memang sangat sedap.Arwah bonda selalunya akan masak sup /singgang menggunakan dapur arang di bahagian belakang pintu dapur.Senang asap ke luar melalui pintu dapur halaman belakang.Rumah kampung kami ada 2 pintu dapur.Satu pintu menghala ke halaman depan dan pintu kedua menghala ke halaman belakang.Selalunya bonda akan masak sambil tonton tv ada sebuah tv buruk lama kat dapur tu, kalau saya ada kat kampung memang akan teman beliau memasak (teman sembang hehe) saya cuma ambil bahagian kipas/tiup-tiup bara api dapur arang beliau tu....Rindunya dekat arwah bonda.

resepi singgang daging kelantan, singgang daging kelantan mudah dan sedap, singge daging, singgang merah kelantan,resepi singgang,
rasanya masam,pedas dan masin yang seimbang.Memang heaven betul hirup kuah singge ni

resepi singgang daging/singge daging kelate
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan bahan
500g daging tetel
5 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah (hiris nipis)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (hiris)
1 cm lengkuas (hiris)
3 asam keping (secukup masam)
Garam dan perasa
Cili padi (hiasan)
Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Cuci bersih cili kering,kemudian potong anggaran 2cm.Ketepikan.
  2. Sediakan periuk, masukkan daging tetel , bawang merah, bawang putih, halia,lengkuas, cili kering,asam keping,air sama paras dengan daging.Masukkan terus garam dan sedikit perasa.
  3. Reneh guna api kecil hingga air dalam periuk tadi hampir kering.Kacau sekali sekala supaya semua bahan mesra.
  4. Apabila air hampir kering, bolehlah tambah air secukupnya untuk kuah.Biarkankuah mendidih dan daging empuk.
  5. Apabila daging empuk, boleh seimbangkan rasa (tambah garam dan perasa jika perlu).
  6. Akhir sekali masukkan cili padi.Ini optional sahaja.Nak bagi nampak kalerful.Tutup api dan singgang daging sedia dihidang.Untuk menonton video tutorial sila ke YouTube Malina Lina Pg atau klik butang PLAY paparan di bawah.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. alamak sedapnyaaa singgang daging!

    ReplyDelete
  2. SA x pernah buat lagi tapi teringin nak buat...nampak sedap betul tu ha...

    ReplyDelete