Assalamualaikum...
Petang-petang kita share resepi yang ringkas, dan sangat cepat disediakan.Campur-campur je semua bahan dan boleh hidang.Resepi air teh bunga dan longan ni sangat sedap dan refreshing tau.Rasa dia manis, masam dan sedikit masin sebab ada asam boi.Saya letakkan sedikit daun pudina untuk lebih aroma dan rasa yang segar
gambar ni saya guna handphone sahaja.Shoot pun dah petang 7.25pm dah masa ni.Gigih pukul 7 pun shoot video juga hehe.Bahan-bahan mudah sahaja, sempat lagi tu cari kat kedai runcit hehe
Air Teh Bunga Longan
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Ispired by Khairul Aming
Bahan-Bahan
1 tin longan (atau laici)
Air teh bunga
5-6 biji asam boi
5 biji limau kasturi (ambil jus)
Daun pudina (lina pg tambah, khairul aming tak letak)
Ais secukupnya
Cara-Cara
- Sediakan bekas besar/jug, masukkan air, tuang air longan, air teh bunga hingga memenuhi bekas/jug.
- Masukkan asam boi,perah jus limau kasturi, masukkan daun pudina.Kacau kacau dah siap untuk dihidang.Selamat mencuba.Video tutorial air crysanthemum longan viral tonton di #shorts malina lina pg
0 comments