Assalamualaikum...
Hujung-hujung ramadan ni selera makan dah makin berkurang.Waktu berbuka pun juadah simple-simple sahaja, apatah lagi untuk bersahur.Minggu terakhir ni bersahur asyik makan nasi goreng je, pernah sekali masak megi je sebab anak-anak dan en.suami dan tak begitu selera makan nasi putih dan lauk-lauk biasa.Mama pun buntuk juga nak masak apa, dak maisarah memang suka sangat makan tomyam ni, kalau tomyam ayam dah tak tahu berapa kali repeat sepanjang ramadan ni.Kali ini mama tukar siket buat tomyam telur.Telur tu buat telur hancur dulu supaya bila makan boleh hirup kuah dan telur pun masuk sekali masa hirup.Kalau nak pecahkan telur sebiji-sebiji dalam kuah pun boleh juga.Terpulang selera masing-masing.Kalau buat telur hancur ni akan nampak banyak hehe..versi jimat gitu 😉
- Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan serbuk pati ayam (atau garam)Pukul sedikit.
- Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan buat telur hancur.Setelah masak, angkat dan ketepikan.
- Guna periuk yang sama, masukkan pes tomyam dan air.Masukkan halia, lengkuas ,serai, akar ketumbar, daun limau purut, sos ikan dan karot (atau sayuran keras seperti baby corn).Biarkan kuah mendidih.
- Masukkan cendawan enoki, bunga kobis, serbuk pati ayam dan kacau sebentar dan biarkan kuah mendidih
- Masukkan telur hancur, santan, buah tomato, cili padi dan hirisan daun ketumbar.Siap.
0 comments