biskut marie pun boleh buat biskut raya tau | Marie Ball 3 Bahan | Truffle Coklat Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, April 19, 2023

 Assalamualaikum...

Biskut marie sangat sinonim dengan kek batik, memang sangat lagend la kek nan satu ini, tapi sekarang ni dah naik taraf boleh buat biskut raya pulak tapi bukanlah katogeri 'biskut' lebih tepat Truffle Chocolate atau truffle coklat.Bahan pun sangat mudah hanya guna 3 bahan sahaja dan tak perlu oven pun, kita masuk dalam peti ais je.Puasa tahun ini cuaca sangat panas, kita buat kukis yang simple dan tak payah tahan bahang panas oven, kita dok rilek je buat keje yang sejuk-sejuk gitu.Marie ball ni sangat digemari anak-anak, tekturnya bahagian dalamnya lembut dan luarannya disalut coklat yang mewah, memang penuh nikmat.Tapi awas ya truffle ini sedikit manis kerana salah satu bahannya ada susu pekat manis, walaupun agak manis tapi tidaklah manis melampau, kena pandai-pandai adjust susu pekat tu, asalkan adunan biskut marie dapat bergumpal dan boleh dibentuk itu sudah memadai.

biskut marie ball, truffle coklat, truffle chocolate, biskut marie ball,
siapa sangka hanya biskut marie, susu pekat dan coklat compoun sahaja dapat menghasilka truffle yang nampak mewah dan sedap

marie ball 3 bahan sahaja / truffle coklat sedap
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 paket biskut marie (270g)
1 cawan susu pekat manis 
250g coklat compound (milky)
coklat manik (colored ball) untuk hiasan

Cara-Cara
  1. Patah-patahkan biskut marie dan kisar dalam chopper/pengisar kering.Boleh juga masukkan ke dalam plastik dan tumbuk/pukul guna alu lesung atau kayu penggeleke/kayu canai hingga biskut hancur.
  2. Masukkan biskut marie yang telah hancur ke dalam mangkuk dan tuang susu pekat manis.Masuk sedikit demi sedikit hingga biskut marie menjadi doh/bergumpal dan boleh dibentuk bebola kecil.
  3. Buat bebola kecil, lina pg guna sudu metri (1/2 sudu besar) untuk membentuk setiap bebola.Barulah saiz bebola seragam dan nampak cantik.Buat sampai adunan habis.
  4. Cairkan coklat compound secara double boil atau boleh cairkan guna microwave sahaja.
  5. Salut bebola biskut marie tadi ke dalam coklat cair dan masukkan ke dalam paper cup.Jika tidak ada paper cup cukup sekadar letakka bebola yang bersalut coklat tadi ke dalam loyang/redai besi.Kemudian taburkan dengan coklat manik (colored ball) untuk hiasan.Hiasan ini option sahaja.
  6. Masukkan ke dalam peti ais bahagian chiller sahaja hingga coklat tadi set/keras.Anggaran 10-15min.Kemudian masukkan biskut/truffle ke dalam bekas/balang kedap udara.
Note:
Soalah femes, tahan berapa biskut ni?tempoh ketahan biskut/truffle ini sama juga seperti biskut raya almond london.InsyaaAllah tidak cair pada suhu bilik dengan syarat, jangan p jemur tengah panas sudahlah.Kalau nak bawa balik kampung, letak biskut/truffle coklat di bahagian seat kereta bukan dalam bonet.Kalau letak dalam bonet nanti tingga paper cup je yang sampai ke kampung.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments