Assalamualaikum...
Resepi sotong masak hitam ini bukanlah versi sotong masak guna dakwat sotong tu dan kuahnya menjadi hitam, bukan...bukan...resepi sotong masak hitam ala kedai mamak nasi kandar.Sotong ni sebenarnya tak perlu lauk yang banyak cukup sekadar nasi putih, telur masin dan bendi celur as simple as that.Tapi kat rumah saya ni kalau masak sotong memang tidak kesudahan kalau tak ada ayam, kena juga buat lauk ayam walaupun cuma digoreng berempah atau sekadar goreng kunyit sahaja.
Kalau masuk kedai nasi kandar, nak ambil sotong kenalah tengok tag harga dulu, kalau betul-betul teringin bolehlah ambil buat ngaso-ngaso gitu sebab harganya kadang tak berapa nak masuk akal,anggaran rm25-rm50 juga seekor bergantung kepada saiz.Tapi kadang-kadang liat juga sotong.Tak tahulah sama ada dipanaskan semual berulang kali atau apa, tapi ada juga kedai nasi kandar yang menyediakan sotong masak hitam yang sedap dan juicy.
- Kisar bahan A dengan sedikit air hingga halus
- Panaskan sedikit minyak, masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang bersama bahan kisar, tumis hingga sedikit garing.
- Masukkan daun kari, cili kisar, serbuk kari dan serbuk masala,tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan gula merah, tumis sekejap.Gula merah bukan sahaja memberi impak sedikit rasa manis tapi fungsinya ialah untuk karamel bahan tumisan, hasilnya tumisan akan canti kemerahan selain rasa masakan kita akan balance (pedas, masin, masam dan sedikit manis)
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap mee dan kicap manis.Kacau sebentar, kemudian masukkan sotong, gaul rata.Kemudian tutup periuk dan biarkan sotong masak.Jangan masak terlalu lama nanti sotong akan overcook (liat/keras).
- Dah siap sotong masak nasi kandar.Selamat mencuba
0 comments