Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua, sekejap sahaja kan dah masuk hari ke 23 kita semua berpuasa.Dalam masa seminggu lagi kita akan menyambut hari lebaran.Macam mana dengan persiapan raya?baju raya dah ada ke semua?Bagi kami sekeluarga Alhamdulillah baju raya dah beli.Tahun ini kami beli online sahaja, terasa malas nak bersesak ke mall/butik-butik yang sudah semestinya padat dengan orang ramai.Kita beli baju secara santai je.Alhamdulillah walaupun beli online baju padan dan ngam dengan anak dan juga mamanya.Kualiti pun bagus.Cuma masalahnya kuih/biskut raya je.Dah buat 3 jenis tapi 2 jenis dah wassalam haha.Nanti saya akan kongsikan resepi biskut raya yang mudah dan tak guna oven pun.Tak tahulah bila giliran biskut tu nak masuk blog TMK, insyaaAllah sebelum rayalah kan 😉.Kalau ada resepi lain yang tak sempat nak dimasukkan dalam blog, saya akan jump Q dengan resepi raya dulu, resepi lauk/kuih yang tidak berkenaan dengan raya kita push lepas raya nanti (kalau tak sempat la)Tapi sekarang ni saya agak rajin juga update blog 😂
Dari cerita sambal sotong, dia melalut ke baju raya.Back on track, sambal sotong ni memang kegemaran anak-anak saya, tetapi en.suami masih bermusuhan dengan sotong, dia cuma belikan untuk anak isteri dia je.Tapi kalau kuah tumis tu tetap dia makan jugak siket-siket buat ngaso-ngaso gitu.Kalau yang follow blog ni mesti dah tau kan, sotong ni sangat kuat untuk trigger gout beliau.
Kebetulan masa ke merket hari tu, ada orang jual petai, petai sekarang ni ya ampun...harga kayangan betul.Tapi tutup mata beli jugaklah kalau nak makan.Petai tu saya campurkan sekali dengan sambal sotong, selalunya saya guna udang untuk buat sambal udang petai, guna sotong pun tetap sedap.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga sedikit garing.Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Setelah tumisan pecah minyak, masukkan gula merah tumis sekejap.Kemudian masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato.Kacau sebentar.Masukkan sedikit air anggaran 1/2 cawan(jika suka berkuah)kalau suka sambal tumis pekat tak perlu masukkan air.Kacau sebentar dan biarkan kuah mendidih.
- Masukkan sotong, petai dan hirisan bawang holland.Masak sekejap sahaja supaya sotong tidak overcook (nanti sotong kecut dan liat.Tutup api dan sotong tumis petai dah siap.Selamat mencuba.
1 comments
Bulan puasa ni dah 3 kali buat sambal sotong tapi xde petai la..
ReplyDelete