Assalamualaikum...
Udang masak Thai ni adalah resepi olahan dari ayam masak thai, saya cuba tukar 'haiwan' sahaja dan ternyata anak-anak memang suka masakan macam ni.Tapi biasalah kalau lauk macam ni memang tak kesudahan mesti ada lauk ayam juga untuk budak seketul maisarah tu.Dia memang tak makan udang (bukan alergik atau apa tapi tak mau cuba)Pernah juga saya offer untuk kopek kulit bagi dia makan, dia makan satu bite je untuk ambil hati mama.Adoi pening mama memikirkan lauk ayam untuk dia setiap hari.Memula saya ingatkan dia malas/tak mahu kopek kulit udang tu sebab tu tak nak makan, rupanya bukan taste dia...takpelah nanti kang dah makin besar mungkin selera akan berubah.
Okeylah berbalik kepada udang masak thai ni rasanya masam manis dan pedas memang sangat sedap pada citarasa kami sekeluarga.Cuma untuk masakan udang, saya tidak menggunakan asam jawa sebaliknya sumber masam adalah daripada sos tomato.
- Perasakan udang dengan sedikit garam dan lumurkan dengan tepung jagung.Ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga masak (goreng sekejap sahaja).Kemudian angkat dan ketepikan sebentar.
- Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis serai dan bahan cincang/kisar kasar.Tumis hingga garing.Kemudian masukkan gula merah thai/gula perang.Tumis sebentar.
- Seterusnya masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sos ikan dan daun limau purut, tumis sekejap kemudian masukkan sedikit air.Kacau sebentar dan biarkan kuah mendidih dan kelihatan sedikit pekat.
- Masukkan udang yang telah digoreng tadi.Gaul rata dan akhir sekali masukkan hirisan daun ketumbar untuk hiasan.
2 comments
Sedapnya!
ReplyDeleteSedap betul nampaknya tu...SA nak cuba buat la...
ReplyDelete