kerepek jejari rangup dan sedap | resepi kerepek pagoda sukatan cawan

By LiNa_Pg - Saturday, April 08, 2023

 Assalamualaikum...

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam.Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 17 kita semua berpuasa.Bersempena hari cuti umum mungkin ada yang tercari-cari idea kuih raya yang ringkas.Kalau anda peminat kuih lagend seperti kuih siput, kuih gunting, buah rotan, kerepek bawang dan sewaktu dengannya.Maka kerepek jejari atau nama old skoolnya ialah kerepek pagoda adalah salah satu pilihannya.Sebenarnya saya juga peminat kuih siput tapi memandangkan rasa penat untuk gentel dan tenyeh sebiji-sebiji tu, saya tukar fikiran untuk buat kerepek jejari atau kerepek pagoda ni.Walaupun ada part yang kena ulang-ulang buat iaitu canai dan potong, tapi masih okey lagi dan ianya sangat berbaloi sebab husband dan anak-anak suka sangat.Saya buat sedikit sahaja dalam 2 cawan tepung gandum, alhamdulillah dapatlah 3 balang juga hasilnya.Hurmm tapi memang tak sempat nak buat raya sebab dah selesai dalam masa 2 hari sahaja.Malam-malam husband asyik mengunyah je lepas bawalik terawih walaupun anak-anak dan suami bertanya boleh makan ke?(sebab kan buat untuk raya) mama dia pun cakaplah makan je la nanti kita buat lain.Kononnya akan buat lagi untuk raya nanti.Tengoklah betul ke buat tu 😂 😂 .

Kerepek jejari atau kerepek pagoda ni saya buat resepi yang paling simple dan sesuai untuk beginner.Resepi ini tidak menggunakan bawang (cuma ada hirisan daun bawang sahaja) tujuannya supaya elakkan kuih hangus/gelap semasa menggoreng.Kalau yang dah pakar boleh tambah bawang kisar.Tapi harus diingatkan bila tambah bawang kisar/tumbuk kenalah pandai adjust sukatan air, sebab bawang kan berair nanti akan menjejaskan tektur doh.Resepi kerepek pagoda ini juga saya tidak menggunakan udang kering/udang geragau kerana suami saya tak boleh makan udang kering.Salah satu faktornya ialah saya tak mahu menggunakan sebarang bahan kisar/blend.Saya gantikan dengan kiub ikan bilis.Jadi resepi kerepek jejari ini sangatlah sesuai bagi mereka yang baru nak mencuba.Sangat mudah dan gerenti jadi (insyaaAllah)

resepi kerepek jejari udang, kerepek jejari ikan bilis, resepi kerepek jejari, kerepek gunting, kerepek jejari rangup dan sedap, kerepek pagoda, kerepek bawang, kerepek jejari mudah,
saya suka kerepek jejari yang warna cerah atau putih-putih macam ni.Kalau suka yang warna lebih gelap macam maruku, boleh tambah serbuk kari/serbuk cili dan tahap kepedasannya pun akan bertambah.Dalam resepi yang saya bagi ini rasa pedas dan rempah adalah lite sahaja.Sesuai untuk anak-anak kecil 3-4 tahun juga.
Tektur kerepek pagoda ni rangup tapi tidak terlalu keras jadi sesuai juga untuk orang tua (tok tokwan pun boleh makan) tapi kena kunyah jugaklah 😉 

resepi kerepek jejari ikan bilis/kerepek pagoda rangup dan sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan bahan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung ubi kayu
1/2 sk serbuk kari (kari ayam/ikan terpulang selera)
1/2 sk serbuk cili (boleh tambah/kurang terpulang selera)
1 sk serbuk pati ayam (boleh tambah jika suka lebih masin)
1 kiub ikan bilis
1 biji telur
1 sb minyak masak (*)
1 sb marjerin (*)
air sejuk secukupnya (anggaran 120ml)
Hirisan daun bawang
Minyak
Daun kari (jika suka)

Cara-Cara
  1. Satukan bahan kering iaitu tepung gandum, tepung jagung, tepung ubi, serbuk akri, serbuk cili, serbuk pati ayam dan kiub ikan bilis.Gaul rata.
  2. Kemudian masukkan hirisan daun bawang, gaul rata.Ketepikan sebentar.
  3. Sementara itu dalam bekas/pan kecil, satukan minyak masak dan marjerin, panaskan atas api hingga marjerin cair.Boleh juga kalau nak cairkan dalam microwave.
  4. Tuang campuran marjerin cair ke dalam tepung.Gaul menggunakan spatulan kemudian adun menggunakan tangan hingga menjadi seperti serbuk roti,kemudian masukkan telur,gaul/adun dengan tepung.
  5. Kemudian masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh yang tak melekat di tangan.
  6. Tutup doh dan rehatkan selama 30min.Selepas doh direhatkan doh akan menjadi lebih lembut dan senang dibentuk/canai.
  7. Sediakan papan canai tabur sedikit tepung dan bahagikan doh kepada beberapa bahagian (tujuan supaya senang untuk kita canai) Seterusnya canai doh senipis yang boleh.Potong doh bentuk jejari halus dan mengikut kreatitivi masing-masing.
  8. Panaskan minyak, goreng hingga kuning keemasan guna api sederhana.Semasa menggoreng boleh juga masukkan daun kari (jika suka).Setelah kuih/kerepek masak, angkat dan toskan.Setelah sejuk, bolehlah masukkan ke dalam balang/bekas kedap udara.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. waahhh ini sebalang mkn sambil tgk tv mmg tak sedar kejap je habes hehe

    ReplyDelete