biskut cornflakes coklat rangup mudah dan sedap

By LiNa_Pg - Wednesday, April 19, 2023

 Assalamualaikum...

Biskut cornflakes coklat ni kegemaran anak-anak juga, mama pun dengan senang hati membuatnya tambahan biskut yang tak guna oven memang lajulah siket.Biskut cornflakes coklat ni saya buat hari Ahad lepas, agak penat jugaklah sebab hari yang sama ke 'merket' (market)/pasar dengan nak siang segala haiwan tu.Dah siap semua keje-keje siang-siang tu.Buat pulak biskut cornflakes ni.Mujurlah biskut yang simple sahaja.Cairkan coklat dan gaul dengan cornflakes, masa nak skop ke dalam paper cup buat berjemaah dengan dak maisarah dan abahnya.Boleh harap juga budak seketoi tu buat keje.Dia dengan abah skop/cedok masuk ke dalam paper cup, mama letak topping/drizzle kat atas tu.Yang mana dah siap, cepat-cepat masukkan ke dalam peti ais supaya cepat set/keras.Apa keje sekali pun kalau buat beramai-ramai memang cepat je siap.Betul tak? 

cornflakes, cornflakes coklat,biskut cornflakes rangup, biskut raya mudah, kue lebaran simpel,
cornflakes coklat rangup dan sedap.Ada yang tanya tak lemau ke?Jawapan dia TAKKK?cornflakes akan kekal rangup, yang penting kesemua cornflakes mestilah bersalut rata.Jangan kedekut coklat 😉 

resepi biskut cornflakes rangup 
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
300g coklat compound (lina pg guna dark+milky coklat)
200g cornflakes
30g white coklat/coklat manik
paper cup

Cara-Cara
  1. Cairkan dark+milky coklat dalam microwave dan masukkan cornflakes sedikit demi sedikit sambil gaul rata.Bila nampak rata, tambah lagi cornflakes.Cornflakes yang lina pg gunakan anggaran 200g.
  2. Skop/cedok masuk ke dalam paper cup dan hias dengan coklat manik atau drizzle dengan white coklat.White tu cairkan dalam microwave dan masukkan ke dalam piping bag.
  3. Setelah siap, masukkan ke dalam peti selama 10-15min hingga set/coklat keras.Masukkan ke dalam balang.
Note:
Jumlah biskut yang dihasilkan agak lumayan ~100pcs

  • Share:

You Might Also Like

1 comments