resepi agar-agar sagu mudah dan sedap Tips sagu jernih rebus 10 minit sahaja (Jimat Gas)

By LiNa_Pg - Thursday, April 06, 2023

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, kelmarin tak sempat nak buat apa-apa n3 entah apalah yang di'bz'kan pun tak tahulah haha.Okey hari ini saya nak share satu tips sagu jernih cantik tapi tak perlu rebus lama-lama.Cukup sekadar rebus 10minit sahaja.Hasilnya sagu jernih keseluruhan.Tips ni boleh diguna pakai untuk membuat sebarang resepi menggunakan sagu, kuih sagu gula melaka pun boleh.Tapi untuk kali ini saya buat resepi puding sagu atau agar agar sagu.Ianya lebih kurang dengan puding sagu pelangi yang pernah viral suatu ketika dulu, cumanya tak lah buat warna warni pelangi tu.

agar agar,agar agar sagu, puding sagu, agar agar sagu malina lina pg,puding simple dan sedap, kuih tradisional,sagu nak buat apa, sagu mutiara,
Masa buat agar-agar ni agak kelam kabut sebab lambat start, selalunya kalau puding saya akan buat pagi atau sebelum tengahari, tapi agar-agar ini saya mulakan jam 2.30pm.Dengan buat hal 'gatai' nak buat lapis pink nak bagi cantik la kononnya..lagilah banyak masa kena spend huhu...dah siap masak juadah berbuka baru saya sambung shoot video part terbalikkan loyang dan potong.Boleh pulah potong agar-agar bersagu gini guna pisau besi...abes comot potongan terus malas nak snap beriya...dan la potong 3 ketoi...terus snap gambar untuk thumbnail 😂 

Agar agar sagu / puding sagu mutiara
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A (sagu)
1500 ml air
1 cawan sagu
1 helai daun pandan
sirap rose

Cara-Cara
  1. Didihkan air, masukkan daun pandan dan sirap rose.Masukkan sagu, rebus sagu selama 10min, tutup periuk (jangan tutup rapat untuk elakkan sagu membuak/melimpah keluar dari periuk).
  2. Kacau sekali sekala untuk elakkan sagu melekat di dasar periuk.Lina pg kacau lebih kurang 3x sahaja sepanjang tempoh 10minit.
  3. Selepas 10minit, bolehlah check sama ada sagu sudah jernih atau belum.Jika belum jernih, tidak mengapa.Tutup api dan tutup periuk dengan rapat.Supaya wap panas dapat terperangkap dan sagu akan jernih)Biarkan selama 15min.
  4. Selepas 10min boleh check semula.Jika sagu sudah jernih bolehlah toskan dan alirkan air paip untuk buang lebihan kanji pada sagu.
  5. Tuang sagu ke dalam loyang.Boleh gunakan loyang 7x7in atau 8x8in.
  6. Note tempoh sagu jernih bergantung kepada jenis periuk.Jika menggunakan periuk aluminium dan penutup tidak ketat/rapat mungkin masa yang diambil untuk sagu jernih adalah lebih dari 15-20min.Periuk yang lina pg gunakan agak tebal.Jadi dalam 10min sagu sudah jernih.
Bahan B (agar-agar)
10g agar-agar serbuk
1 cawan gula
800ml air
1 tin susu cair (390g)
4 sb besar rata tepung jagung
1 helai daun pandan

Cara-Cara
  1. Satukan agar-agar, gula,daun pandan dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula larut.
  2. Sementara itu bancuh susu cair bersama tepung jagung.Ketepikan sebentar.
  3. Setelah gula larut,masukkan bancuhan susu cair dan tepung jagung ke dalam periuk berisi agar-agar.
  4. Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala.Setelah mendidih, keluarkan daun pandan dan tuang agar-agar ke dalam loyang berisi sagu.
  5. Boleh tuang kesemua larutan agar-agar ke dalam loyang sagu (jika tidak mahu buat 2 lapisan)
  6. Kacau sebati sagu dan agar-agar supaya sagu menjadi sekata.
  7. Jika mahu buat 2 lapisan, tinggal sedikit agar-agar tadi dan letakkan pewarna kegemaran (lina pg guna warna pink).
  8. Setelah bahagian sagu, beku sedikit (anggaran 15min) cakar-cakar bahagian atas supaya lapisan agar-agar berwarna pink dapat melekat.Tuang lapisan pink dan biarkan agar-agar mengeras selama 3-4jam.Kemudian bolehlah potong mengikut kreativiti masing-masing.
  9. Tonton video tutorial di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments