Udang Goreng Daun Kari Simple Dan Sedap

By LiNa_Pg - Thursday, July 04, 2024

 Assalamualaikum...

Pagi ini hujan turun mencurah-curah, sejuk nyaman terasa.Kebelakangan ini cuaca tidak menentu kadang-kadang panas di waktu pagi, siapa sangka hujan di tengahari.Apa pun keadaan cuaca, kita sentiasa bersyukur.Semoga hujan ini memberi rahmat kepada kita semua...aamiin.

Okey lah untuk hari ini saya nak kongsikan satu resepi yang mudah sahaja dan cara pun senang sahaja.Biasalah kalau resepi dari dapur TMK ini semuanya senang-senang dan mudah untuk ditiru oleh mak-mak yang mencari idea memasak untuk keluarga tersayang.Macam biasalah resepi ini bukan fresh dari dapur tetapi sudah sekian lama terperap dalam folder.Sehari dua ni semangat untuk update blog agak membara setelah sekian lama blog TMK terbiar.Terima kasih buat semua yang masih setia berkunjung ke sini.Kalau saya hilang dari dapur maya nan satu ini carilah saya di IG atau di TikTok adalah tu saya kat sana haha (IG/TT : malina_lina_pg)


Resepi Udang Goreng Daun Kari
by @Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
12 ekor udang (saiz besar)
Garam
Serbuk kunyit
Tepung jagung

Bahan B 
3 ulas bawang putih (cincang)
2 biji cili padi (hiris)
2 tangkai daun kari
1 sk serbuk kari
1 labu bawang besar
1 sk kicap cair
2 sk sos tiram
1 sk sos tomato
sedikit kicap lemak manis
Sedikit air
Cili padi merah, hijau & daun bawang (untuk hiasan)
Minyak

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan A, gaul rata.Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, angkat dan toskan.Ketepikan sebentar.
  2. Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.Tumis bawang putih dan cili padi hingga terbit bau.Masukkan daun kari dan serbuk kari, tumis sekejap.
  3. Kemudian masukkan hirisan bawang besar, tumis sekejap hingga bawang layu.
  4. Masukkan udang yang telah digoreng tadi, kicap cair, sos tiram, sos tomato dan sedikit air.Gaul rata.
  5. Untuk naikkan seri udang goreng daun kari, kita renjis dengan kicap lemak manis.Gaul rata.Akhir sekali masukkan cili padi merah ,hijau dan daun bawang untuk hiasan.Udang Goreng Daun Kari siap untuk dihidang.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

2 comments