Assalamualaikum...
Hari ni saya buat n3 pendek sahaja, nak share idea untuk berbuka ringkas atau boleh juga kalau nak buat bersahur.Kalau makan yang masam2 macam ni terbuka selera.
Sebenarnya dah lama saya buat telur rebus air asam ni cuma agak lambat update dalam blog.
Okey tanpa buang masa, jom kita semak resepi
walaupun simple tapi berselera makan masa berbuka atau bersahur.Tambahan dah puasa beberapa hari ni tekak pun dah terasa payau kan
RESEPI TELUR REBUS AIR ASAM
By Malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
2 inci asam jawa (secukupnya)
1 inci belacan
1 sk kerisik
3 ulas bawang merah (mayang halus)
1 biji tomato dadu
7 biji cili padi hijau
1 sk maggi cukuprasa/garam
air suam
3-4 biji telur rebus
Cara-Cara
- Ramas asam jawa bersama belacan dan air suam.Tapiskan air asam jawa ke dalam mangkuk besar.
- Masukkan kerisik,hirisan bawang,cili,tomato dan maggi cukuprasa.Gaul sebati dan simpan dalam peti ais sebentar supaya mesra.
- Telur rebus dibelah dan tuang ais asam tadi.Selamat mencuba.
- Untuk video tutorial , sila klik paparan di bawah
0 comments