Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, ingatkan semangat update blog tu berterusan la, rupanya separuh jalan je hehe.Resepi crab rangoon ni viral sungguh di TikTok, kita pun ambil kesempatan buat jugaklah.Dari viral meletup kebabom sampai dah suam-suam, baru nak update dalam blog ni.Resepi ni saya buat masa awal tahun lagu, tapi tu la asyik malas nak menaip.
Resepi asal crab rangoon ni menggunakan cream cheese, tengok kuantiti cream cheese dengan bahan lain tu, saya boleh bayangkan rasanya akan muak.Rupanya memang betul tekaan saya, setelah baca banyak komen sedemikan di TikTok saya ambil keputusan untuk olah dan improvise siket resepi crab rangoon ni menggunakan slice cheese walaupun cream memang ada dalam peti ais.Alhamdulillah percaturan saya memang tepat, hasilnya crab rangoon sedap dan tidak muak.
- Sediakan mangkuk, satukan crabstick, daun bawang, bawang putih, mayonis, kicap cair, minyak bijan, cukuprasa, dan slice chese.Gaul rata.Inti crab rangoon siap.Ketepikan sebentar.
- Ambil sekeping kulit wantan (lina pg guna yang 4 segi) letakkan inti di bahagian tengah, sapu sedikit air di bahagian tepi kulit wantan (air bertindak sebagai gam).
- Balut ikut kreativiti masing-masing.Ulang proses hingga inti habis.
- Panaskan minyak, goreng menggunakan api sederhana.Angkat dan toskan.
- Crab Rangoon enak dimakan bersama sos cili/sos Thai.Selamat mencuba.Video tutorial, sila klik paparan berikut atau ke YouTuba Malina Lina Pg
3 comments
Sedap sangat ni Lina!
ReplyDeleteamboi! amat menggiurkan ni!
ReplyDeleteya Allah. terliur sangat tengok :D
ReplyDelete