Resepi Nasi Minyak Jus Oren | Nasi Minyak Paling Mudah Dan Tak Muak

By LiNa_Pg - Thursday, February 17, 2022

 Assalamualaikum...

Hai semua, kembali bersiaran.Sebulan lebih sahaja lagi akan menyambut bulan Ramadan, sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak puasa rupanya.Semoga tahun ini kita dapat sambut bersama keluarga di kampung halaman.

Okey resepi kita hari ini ialah nasi minyak yang simple sahaja sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa, juadah istimewa di pagi lebaran, nak buat makan-makan bersam keluarga di hujung minggu pun boleh.Nasi Minyak Jus Oren ini tidak muak, tak pedas dan sesuai untuk semua peringkat umur.Pendek kata mesra kanak-kanak.

Kebiasaannya kalau masak nasi berperisa, contohnya nasi beriani, nasi tomato atau apa-apa nasi yang 'special' ,saya akan menggunakan minyak sapi, tetapi kali ini saya tak guna minyak sapi.Untuk menumis, saya cuma gunakan vivo golden butteri.Apa yang menariknya, dari pemerhatian saya, selalunya kalau menumis (untuk nasi) saya akan masukkan sedikit minyak masak, untuk elakkan butter/mentega hangus.Istimewanya vivo golden butteri, ianya tak hangus.Lepas butter cair saya terus tumis bahan hiris.Secara jujurnya saya dah stand by minyak masak, untuk tuang sedikit semasa shooting.Rupanya memang tak perlu letak minyak.Agak 'wow' di situ hehe.Lagi satu hasil nasi minyak yang telah siap dimasak juga sangat moist' , lembut dan berderai.Kira berbaloi la guna vivo golden butteri ni bukan sahaja boleh buat pastry, kek, kuih, masak-masak pun boleh.

nasi minyak, cara masak nasi minyak, resepi nasi minyak sedap dan mudah, nasi minyak jus oren, nasi minyak jus oren malina llina pg, resepi nasi istimewa hari raya, idea nasi hari raya, vivo golden butteri,


nasi minyak, cara masak nasi minyak, resepi nasi minyak sedap dan mudah, nasi minyak jus oren, nasi minyak jus oren malina llina pg, resepi nasi istimewa hari raya, idea nasi hari raya, vivo golden butteri,
Satu tong besar tu macam-macam saya boleh buat...sangat berbaloi.Kalau nak cuba, boleh beli di kedai bakeri (kedai yang menjual barangan kek) saya tengok kat shoppe pun ada.
nasi minyak, cara masak nasi minyak, resepi nasi minyak sedap dan mudah, nasi minyak jus oren, nasi minyak jus oren malina llina pg, resepi nasi istimewa hari raya, idea nasi hari raya, vivo golden butteri,
nasi minyak jus oren ni, makan kosong macam ni pun dah sedap tau.
Sekarang ni TikTok memang trending, view memang bagus.Untuk video nasi minyak jus oren ni ~47K views dalam masa 5 hari


Nasi Minyak Jus Oren
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1/2 cawan jus oren (perahan 1 biji buah oren)
1/2 cawan susu cair
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
50g vivo golden butteri (anggaran 1 senduk)

bahan penumis
1 labu bawang holland (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
5 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
1 buah pelaga
1 bunga lawang

bahan lain 
daun pudina
pewarna kuning (jika suka)
gajus
kismis
tomato ceri 
bawang goreng (jika suka)

Cara-Cara
  1. Beras basmati cuci bersih, rendam 30min kemudian toskan.
  2. Tekan butang ON periuk nasi elektrik (rice cooker).Masukkan vivo golden butteri dan biarkan butter cair terlebih dahulu.
  3. Masukkan bahan penumis (rempah 4 sekawan) kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.Kemudian masukkan hirisan bawang holland dan bawang putih.Tumis sebentar hingga naik bau dan bawang sedikit layu (tak perlu garing).
  4. Masukkan air (sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan), susu cair, jus oren, daun pandan, kiub pati ayam nda beras basmati.Kacau sebentar supaya sebati.
  5. Tutup/cover periuk rice cooker dan tunggu hingga rice cooker menjadi KEEP WARM.
  6. Setekah rice cooker KEEP WARM, buka penutup periuk dan titiskan pewarna kuning, letakkan daun pudina (untuk naikkan aroma nasi), gajus dan kismis.
  7. Tutup semula periuk dan biarkan KEEP WARM selama 5min.
  8. Tutup suis rice cooker.Keluarkan daun pudina.Gemburkan nasi dan bolehlah dihidang.
  9. Hias nasi minyak jus oren dengan tomato ceri dan daun pudina.Jika suka boleh tabur bawang goreng.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments