Assalamualaikum...
Hai semua, hari ini saya nak kongsikan satu resepi kek coklat moist yang simple,mudah dan kos bahan pun murah sahaja sesuai bagi mereka yang nak berniaga.Bagi yang mengenali saya, semestinya sudah tahu bahawa saya merupakan seorang home baker yang mengambil tempahan pelbagai jenis kek, cuma sekarang saya sudah tidak aktif lagi berniaga cuma fokus untuk keluarga sahaja.Sebagai seorang baker sudah semestinya saya mempunya koleksi resepi kek coklat yang pelbagai versi, ada yang kukus, bakar ada juga yang menggunakan butter dan ada yang menggunakan minyak sahaja.Penggunaan butter dan minyak dalam pembuatan kek coklat juga memberikan rasa dan tektur kek yang berbeza.
Untuk resepi kali ini saya menggunakan vivo golden butteri untuk membuat kek dan juga topping.Butter yang berkualiti akan menghasilkan kek coklat yang 'rich & moist' Produk berkualiti tidak semestinya terlalu mahal.Asalkan kita pandai mengolah bahan, rasanya akan menjadi sedap.Vivo golden butteri harga mampu milik dengan citarasa mewah dan kualiti yang bagus.
Untuk chocolate ganache atau topping juga kita olah bahan yang sama sahaja.Tanpa perlu menggunakan whipping cream, chocolate compound atau coklat masakan.Sungguh menjimatkan.Resepi ini juga sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak mengambil tempahan kek, untuk jualan bazar atau untuk jamuan makan kerana saya akan tunjukkan cara mengukus dalam cup/bekas kecil.
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan vivo golden butteri
- 1/2 sk baking powder
- 1/2 sk baking soda
- 2 biji telur
- 1 sk esen vanilla
- 1/2 cawan serbuk koko (boleh letak lebih kalau suka lebih pekat)
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan susu cair
- 2 sb vivo golden butteri
- 1 sb tepung jagung
- Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda.Kemudian gaul sebati bahan-bahan kering.Ketepikan sebentar.
- Dalam periuk kecil, satukan susu cair, gula pasir, susu pekat manis dan vivo golden butteri (butter).Buka api kecil dan masak hingga semua bahan larut (tak perlu sampai mendidih).Tuang larutan yang dimasak tadi ke dalam mangkuk besar.
- Guna mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan esen vanilla.Pukul telur hingga berbuih (tak perlu hingga kembang).Masukkan telur yang dipukul tadi ke dalam mangkuk berisi larutan yang dimasak tadi.
- Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil diadun hingga licin (tidak berketul-ketul) Jika ada ketulan boleh tapis adunan.Tuang ke dalam bekas/jug yang sesuai.
- Sediakan cup kecil dan tuang adunan tadi separuh bekas sahaja kerana adunan akan mengembang dan naik 1x ganda.Boleh juga tuang ke dalam loyang jika ingin membuat kek saiz besar.
- Tutup adunan dengan penutup cup tadi, untuk elakkan air menitik ke atas kek.Jika menggunakan loyang, tutup dengan aluminium foil.
- Kukus selama 12-15min (hingga masak)menggunakan api sederhana.Pastikan air dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
- Setelah kek masak, biarkan kek sejuk terlebih dahulu sebelum diletakkan topping coklat.
- Cara untuk membuat topping coklat.Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.
- Masak secara double boil dan kacau hingga semua bahan larut.Masukkan tepung jagung, terus kacau hingga nampak likat.
- Penggunaaan vivo golden butteri di bahagian topping untuk naikkan rasa lemak chocolate ganache dan juga menjadikan topping coklat berkilat dan cantik.
- Tutup api dan biarkan topping coklat sejuk/suam sedikit.Tuang ke atas kek yang telah siap dikukus.
- Tabur coklat rice atau coklat manik untuk hiasan.Sebaiknya simpan kek dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam sebelum dinikmati.Kalau nak makan terus pun boleh, terpulang citarasa masing-masing.
- Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah
0 comments