Resepi Kuih Peria Mudah Dan Sedap | Tips Kuih Lembut Tidak Liat | Kuih Tradisional
Assalamualaikum...
Apa khabar semua?Harap semua follower blog TMK sihat-sihat selalu.Sekarang ni kes covid19 semakin meningkat, kita jaga kita ok sentiasa cuci tangan dan guna hand sanitizer.Bagi mereka yang berada di zon merah hati-hati dan jaga diri.Sama-sama kita doakan semoga vaksin untuk covid19 segera ditemui atau lebih bagus kalau covid19 ni dihapuskan terus.
Okey berbalik kepada tajuk n3 iaitu kuih peria, kalau di negeri Kelantan dipanggil 'puyo' hahaa...Kuih peria ni selalunya dibuat warna merah dan juga hijau.Kalau nak buat hipster siket letaklah warna apa pun janji nampak menarik dan berselera dimakan.Kuih peria ni dah agak lama saya buat video tutorial di youtube.Hurmm macam biasalah dia buat mereput dan peram dulu baru nak update dalam blog ni.
Untuk tips dan penerangan dengan voice over,boleh tonton di youtube lina pg.Resepi kuih peria ini sangat sedap, lembut dan tidak liat.Untuk mendapatkan tektur kuih yang lembut, kita mesti menggunakan campuran tepung.Selalunya kuih peria hanya menggunakan tepung pulut semata.Jika hanya menggunakan tepung pulut, kuih agak liat dan susah untuk digigit.Ada juga setengah resepi menggunakan tepung dan dicampur sedikit tepung gandum.Resepi ini boleh improvise tektur kuih tidak terlalu liat.Tips penting untuk mendapatkan kuih peria yang lembut ialah dengan mencampurkan sedikit tepung beras dalam adunan.Jadi gabungan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit 'campur tangan' dari tepung beras menghasilkan tektur kuih mantop kebabom...Memang sedap dan sangat lembut.Bila gigit jer terus putus dan sangat sedap dimakan.Manakala penggunaan santan cair semasa mengadun juga membantu menjadikan kuih lebih sedap berbanding hanya menggunakan air biasa.So apa lagi haruslah cuba.Baru tahu keenakan sebenar kuih peria ni.
Sedap sangat kuih peria ni.Lembut lemak2 manis.Gigit er teus putus.Kadang tu nak gigit tak putus-putus punya lita.Harus cuba tau kawan2.Kuih muih lama macam ni semakin dilupakan. |
KUIH PERIA MUDAH DAN SEDAP
By malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
2 cawan tepung pulut- Satukan tepung pulut, tepung gandum dan tepung ke dalam bekas yang besar.
- Kemudian masukkan santan cair sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Kemudian letakkan pewarna dan uli hingga warna sekata.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian.
- Leperkan doh dan masukkan inti kegemaran, sama ada inti kacang atau inti kelapa. Bentukkan doh seperti buah peria.
- Untuk mendapatkan pattern lurah-lurah buah peria, lina pg menggunakan pisau kek (tutorial melorek boleh refer ke youtube lina pg)
- Lpaikkan doh dengan daun pisang dan sapukan sedikit minyak, tips kuih berkilat setelah masak.
- Kukus selama 10min api sederhana sahaja.JANGAN KUKUS API BESAR tau nanti kuih akan kembang setaman.
Untuk inti kelapa, selalunya saya akan buat banyak dan simpan dalam peti ais.Untuk rujukan saya tepek resepi kat bawah
INTI KELAPA
By malina lina pg
200g kelapa parut putih- Satukan air, nisan kerek, gula merah, daun pandan dan garam ke dalam periuk.Kemudian masak hingga kesemua gula larut.Angkat dan tapiskan.
- Masukkan kelapa parut ke dalam periuk (yang lain) dan tuang larutan gula yang dimasak tadi.Gaul rata kelapa parut dan air gula. Tambah gula pasir (inti kelapa kena sedikit manis baru sedap)
- Kemudian tabur tepung gandum, kacau rata hingga inti agak kering sedikit.Jangan terlalu kering.Biar basah2 dan melekit sedikit barulah sedap. Tutup api dan biarkan inti sejuk.
0 comments