Daging Goreng Jintan Simple Dan Sangat Sedap (ala-ala daging blackpepper)

By LiNa_Pg - Friday, October 09, 2020

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat buat semua, hari ni takmo celoteh panjang, saya nak kongsikan resepi daging goreng jintan yang sangat simple.Resepi daging jintan ni saya dah pernah buat duluuuuuu (lama dah ni lupa tahun bila) kali ini saya ulang siar sebab ada kerajinan buat video tutorial.Daging goreng jintan ni sangat ringkas, kalau yang kesuntukan masa tu boleh masak 1 lauk ni dan goreng telur mata jer.Siap dah hidangan.Walaupun simple tapi sangat menyelerakan.

Okey jom kita semak resepi yang sangat mudah ni


RESEPI DAGING GORENG JINTAN

By malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

bahan bahan 
250g daging (guna bahagian yang lembut) 
3 ulas bawang putih
1 sudu teh jintan manis 
1 sudu teh jintan putih 
1 sudu teh ketumbar 
1/2 sudu teh lada hitam 
1 sudu besar sos tiram 
2-3 sudu besar kicap manis (atau secukupnya) 
garam 
gula 
cuka 
hirisan cili merah, cili hijau dan daun bawang 
1 labu bawang holland 
minyak

Cara-Cara
  1. Tumbuk kasar bawang putih,jintan manis,jintan putih, ketumbar,dan lada hitam.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk tadi.
  3. Kemudian masukkan daging (daging hiris nipis-nipis supaya cepat empuk)kacau sebentar hirisan daging bersama bahan tumisan.
  4. Masukkan sedikit garam,gula dan cuka.Tutup kuali/periuk supaya daging cepat empuk.
  5. Masukkan kicap manis dan sos tiram.Tutup periuk sekejap supaya semua bahan mesra.
  6. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, cili merah,cili hijau dan hirisan daun bawang.
  7. Daging Goreng Jintan siap untuk dihidang.Makan dengan nasi panas memang terangkat.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments