Ayam Goreng Berempah Paling Mudah Simple Dan Sangat Sedap

By LiNa_Pg - Sunday, October 04, 2020

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah berkesempatan untuk update blog, direzekikan waktu untuk hadap laptop dan buat n2 ringkas pun dah rasa syukur sangat.Banyak resepi yang tertangguh ni belum sempat update lagi.Okey untuk hari ini saya nak kongsikan satu resepi ayam goreng berempah yang sangat ringkas, bahan tu tak banyak.Paling penting sangat sedap dan telah dicuba oleh ramai follower di IG.Resepi ayam berempah simple ni saya dah lama kongsikan di youtube dan juga IG.

AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH DAN SEDAP

By Malina lina pg https://linapg.blogspot.com/

Bahan Bahan

10 ketul ayam

1 kiub ayam

1 sudu kecil rempah kari ayam

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil gula merah/brown sugar

1 sudu besar sos ikan

1 sudu besar tepung beras

2 sudu besar air sejuk (peti ais)

1 tangkai daun kari

Minyak


Cara-Cara

  1. Ayam dibersihkan perasakan dengan kiub ayam, rempah kari,serbuk cili, gula dan sos ikan.Gaul rata bahan ini terlebih dahulu.
  2. Taburkan dengan tepung beras dan masukkan dengan air sejuk.Air sejuk dan tepung beras membantu merangupkan bahagian luar ayam dan mengekalkan tektur yang 'juciy' di bahagian dalam.Kemudian masukkan daun kari.Daun kari akan menambahkan aroma ayam goreng berempah.
  3. Perap ayam selama 10min.Kemudian goreng secara deep fry hingga masak.Angkat dan toskan.Ayam goreng berempah ini sesuai dimakan bersama nasi putih, nasi lemak atau diratah begitu sahaja.Selamat mencuba.
  4. Untuk video tutorial sila tonton video youtube berikut
Simple simple jer tapi sedap tau..Wajib cuba




  • Share:

You Might Also Like

0 comments