Cucur Roti Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

By LiNa_Pg - Thursday, February 26, 2026

Assalamualaikum...

Dah buat ke agar-agar roti yang saya kongsikan resepi beberapa hari lepas?kalau dah cuba dan masih ada lebihan roti, jangan risau saya masih ada banyakkkkk koleksi resepi roti.Confirm tak membazir punya.Hari ini saya nak kongsikan resepi cucur roti pulak.Resepi cucur ni kalau buat last minute dekat-dekat waktu berbuka pun masih sempat.Makan panas-panas memang sedap.Kalau ada lebih boleh simpan buat moreh, insyaaAllah masih rangup dan sedap.

Dannnnn kalau ada lagi roti, jangan risau saya masih ada resepi menggunakan roti, yang belum share ke dapur TMK.Resepi apa?tungguuuuuu tapi kita ikut Q la maybe lepas ini saya share resepi lauk-lauk dulu.Ada macam-macam resepi lauk ni ayam, daging yang belum berkesempatan post ke dapur TMK.

Untuk resepi cucur roti ini saya ada buat penambah-baikan sedikit.Saya tambah agen perangup bahan rahsia kita iaitu marjerin.Haaa sekarang ni mesti stok marjerin ada kat dapur kan sebab nak buat biskut raya.Kita guna marjerin tau bukan butter atau mentega, jangan salah pulak.

Terserlah kerangupannya tu.Kalau tak ada marjerin macam mana?Hurmm lupakan sahaja.Masih boleh buat cucur roti tetapi luarannya akan rangup tapi sekejap sahaja.Boleh guna resepi satu lagi yang saya pernah share dalam blog TMK.Klik resepi cucur roti kat SINI

Resepi Cucur Roti Kekal Rangup
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
5 keping roti 
3/4 cawan air atau secukupnya
1/2 sk baking powder
1 sb marjerin
2 sb tepung gandum (atau secukupnya)
Serbuk pati ayam (atau sedikit garam)
Sosej/crabstick/atau apa sahaja protin kegemaran
Karot dan kaun kucai
Minyak

Cara-Cara
  1. Carik-carikkan roti kemudian siram roti dengan air supaya roti basah.Kemudian perap sebentar hingga roti agak kembang.Anggaran 10min.
  2. Masukkan bahan protin dan sayuran pilihan masing-masing.LiNa Pg guna sosej, karot dan daun kucai.Seterusnya masukkan serbuk penaik dan serbuk pati ayam.Gaul sebati bahan-bahan basah ini.
  3. Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sebentar.Akhir sekali masukkan marjerin dan gaul rata.Tutup bekas dan perap selama 10-15min.
  4. Panaskan minyak, bolehlah mula menggoreng cucur.Saya jemput cucur menggunakan jari sahaja.Kalau nak guna sudu pun boleh juga.Tips jemput adunan guna jari ialah celup hujung jari dalam air, kemudian ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam minyak.InsyaaAllah cucur akan bulat dan cantik.Goreng menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.
  5. Cucur roti sedia dihidang.Selamat Mencuba!Video tutorial boleh tekan butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments