Kuih Belebat Ubi Keledek Resepi Kuih Tradisional Kelantan

By LiNa_Pg - Wednesday, February 11, 2026

Assalamualaikum...

Kuih Belebat merupakan kuih tradisional negeri Kelantan.Sejak kebelakangan ini kuih belebat semakin hilang dan sangat jarang dijumpai di kedai-kedai yang berjualan nasi berlauk pagi.Akan tetapi masih boleh dijumpai di pasar besar seperti pasar besar Tanah Merah.Selalunya kuih belebat menggunakan ubi keledek atau ubi stelo dan dicampurkan bersama bancuhan tepung beras dan santan.Kalau mahukan hasil yang cantik, kombinasi ubi keledek ungu, oren dan putih sangatlah menarik.

Untuk rasa pulak, kuih belebat mempunya rasa manis berlemak, memang sangat sedap.Apabila makan tergigit pulak ketulan kecil ubi keledek memang menggamit nostalgia kuih zaman kanak-kanak riang hehe.Kalau ada yang ingin mencuba, boleh save resepi di bawah.Bahan yang mungkin selalu tak ada di rumah ialah daun pisang, alternatifnya ialah boleh kukus dalam cup kecil tu.Cuma kurang authentiklah dan tidak ada aroma daun pisang.

Ya ampun rupanya video kuih belebat ni saya buat hujung tahun 2024 haha (Nov 2024) punya lama tertangguh nak masuk dalam blog TMK.

Resepi Kuih Belebat Mudah dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 cawan ubi keledek (potong kecil)
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
5 sb gula pasir (sesuai selera)
Garam
Daun pisang

Cara-Cara
  1. Masukkan ubi keledek ke dalam pengukus, kemudian kukus hingga empuk.Anggaran 5-7min sahaja.Ketepikan sebentar.
  2. Dalam periuk berasingan, satukan tepung beras, santan, gula dan garam.Gaul rata supaya tidak ada tepung yang berketul.
  3. Buka api kecil, kemudian teruskan kacau hingga adunan nampak meletup-letup.Itu tandanya adunan telah masak.
  4. Kemudian masukkan keledek yang telah dikukus tadi.Gaul sekejap dan tutup api.Biarkan suam sedikit kemudian boleh mula membungkus.
  5. Cara bungkus kuih belebat sama seperti membungkus pulut inti.Boleh refer di video youtube malina lina pg.
  6. Kemudian kukus selama 15-20min api sederhana.Kuih Belebat sedia dinikmati.Selamat Mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments