Cara Membuat Kuih Tepung Bunga Mudah Dan Sedap Sukatan Cawan

By LiNa_Pg - Friday, February 13, 2026

Assalamualaikum...

Pernah makan kuih tepung bunga?kuih tradisional nan satu ini sangat popular di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu.Kalau di negeri Pahang tu saya tak pasti sama ada kuih tepung bunga ini wujud atau tidak?Kalau di utara memang sah-sah la tak ada kuih sebegini.Tektur kuih tepung bunga ini kenyal-kenyal manja kerana kita menggunakan tepung dan rasanya lemak-lemak manis kerana bahagian luar disalut dengan gula.Kalau nak bagi gambaran lebih kurang macam kuih getas tetapi versi lebih mudah dan tak perlu sira kerana gula hanya ditabur ke atas kuih.

Resepi tepung bunga ini ada 2 versi iaitu salah satunya menggunakan santan dan ada juga versi yang menggunakan air untuk bancuh adunan tepung, mungkin versi ini wujud mengikut daerah atau negeri masing-masing.Bagi saya sendiri lebih suka versi yang menggunakan santan kerana kuih ini hanya menggunakan bahan basic sahaja, kalau guna air rasanya seakan 'plain' sahaja.Tepung pulut,air dan salut dengan gula.Apabila kita menggunakan santan, rasa kuih lebih berlemak dan manis dari gula salutan tu menjadikan kuih tepung bunga lebih sedap.Apa pun ianya terpulang selera masing-masing dan kita raikan perbezaan masing-masing.

Kuih tepung bunga ini antara kuih yang paling senang nak buat dan bahan pun tak banyak.

Resepi Kuih Tepung Bunga
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 cawan tepung pulut
1 cawan santan (boleh guna air)
1 biji telur 
garam
gula kastor/gula pasir
Minyak

Cara-Cara
  1. Bancuh santan bersama sedikit garam, ketepikan.Masukkan tepung ke dalam mangkuk dan tuang santan tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.NOTE: TIDAK PERLU habiskan baki santan jika doh sudah tidak melekat di tangan.
  2. Ambil sedikit doh anggaran sebesar guli, bulatkan dan tekan di bahagian tengah (seperti kita membuat kuih puteri mandi).Ulang proses hingga doh habis.Ketepikan sebentar.
  3. Dalam mangkuk kecil, pecahkan telur dan letak sedikit santan (jika ada baki santan) pukul sedikit sekadar telur putih dan kuning bercampur sahaja.
  4. Panaskan minyak, sambil itu kita celup doh tadi ke dalam telur dan goreng hingga kuning keemasan menggunakan api sederhana sahaja.Kemudian angkat dan toskan.
  5. Akhir sekali taburkan gula ke atas kuih yang telah digoreng.Jika rajin boleh juga salut kuih satu persatu seperti kita salut kuih donut.Option lain boleh juga kalau cicah dengan susu.Dah siap kuih tepung bunga.Selamat mencuba!

  • Share:

You Might Also Like

0 comments