Assalamualaikum...
Hai semua, kalau bulan puasa memang tak sah kalau tak buat sup tulang.Sup tulang ada pelbagai versi, ada yang plain kuah jernih, ada yang berempah kuah pekat dan ada juga style Siam atau Thai.Sup Tulang Siam ini rasanya pedas masam memang membangkitkan selera.Kali ini saya tunjukkan cara shortcut sahaja untuk buat sup tulang.Kalau yang emergency nak cepat siap memang sesuai sangat buat sup tulang untuk buka puasa nanti.
Kebiasaannya di rumah saya, kalau beli tulang lembu, akan beli dengan kuantiti yang banyak 2-3kg sekali beli.Jadi saya akan rebus hingga hampir empuk (tidak terlalu empuk)cukup sekadar boleh tusuk dengan garfu.Saya rebus secara tradisional sahaja (guna dapur gas)Entahlah tak tahu kenapa saya kurang suka menggunakan pressure cooker walaupun ada je pressure cooker kat rumah ni.Tulang yang siap direbus tadi saya akan asingkan mengikut kepada beberapa bahagian (untuk sup, buat kari/gulai atau untuk buat mi kuah/mi rebus) Oh ya tulang tu saya asingkan dari air rebusan.Kemudian simpan dan peti sejuk beku.Bila nak masak hanya keluarkan sekejap dan boleh masak mengikut resepi yang kita suka.Masak pun tak lama sebab daging/tulang telah pun direbus.
Resepi Sup Tulang Ala Thai
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
2.5kg tulang (rebus hingga empuk)
5 ulas bawang merah (kisar/tumbuk)
2 ulas bawang putih (kisar/tumbuk)
sup bunjut tulang
rempah 4 beradik
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 paket kecil pes sup tulang
1 paket kecil pes sup siam
garam, serbuk pati ayam, serbuk lada hitam
1 sb sos ikan
batang saderi
bawang holland
cili padi
Perahan jus limau nipis
daun sup, daun bawang
air rebusan tulang
Air secukupnya
minyak
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak, tumis rempah 4 beradik, bawang merah dan bawang putih yang dikisar/tumbuk, halia, lengkuas, rempah sup bunjut tulang.Tumis hingga garing.
- Masukkan air rebusan tulang, gaul sebentar.Seterusnya masuk tulang yang telah direbus.Tambah air secukupnya untuk kuah.
- Masukkan pes sup tulang dan pes sup siam, garam, perasa, serbuk lada hitam, sos ikan.Biarkan kuah mendidih dan tulang betul-betul empuk.
- Setelah tulang empuk, masukkan perahan jus limau nipis, batang saderi, hirisan bawang holland, cili padi.Akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan daun bawang (Jika ada daun ketumbar dan buah tomato boleh dimasukkan juga).Tutup api, sup tulang siam sedia dihidang.Selamat Mencuba.

1 comments
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteSelamat menjamu selera