Ayam Masak Kalio Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, February 10, 2026

 Assalamualaikum...

Ayam masak kalio ini dah banyak kali saya buat.Cuma kali ini ada kerajinan sedikit untuk shoot video dan post ke Youtube.Ayam kalio ni lebih kurang gulai padang ada rasa lemak dan pedas manja.Sesuai makan dengan nasi putih boleh juga kalau nak cicah dengan roti.Kalau ada yang nak mencuba bolehlah masuk dalam list juadah lauk untuk buka puasa.

Sebenarnya kuah ayam kalio ini agak pekat juga, tapi saya snap gambar semasa masih panas nampak macam ceroi (cair siket)

Resepi Ayam Masak Kalio
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (kisar)
5 biji cili merah (buang biji)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
3 hiris lengkuas
Sedikit air

Bahan B
12 ketul ayam
250ml santan pekat
3 asam keping
5 helai daun limau purut
1 batang karot
1 biji buah tomato (belah 4)
Garam dan perasa
Air secukupnya 
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan ayam, gaul rata ayam dengan bahan tumisan.Tutup periuk untuk kecutkan ayam.
  3. Kemudian masukkan karot, asam keping, daun limau purut, garam,perasa, santan dan air secukupnya untuk kuah.Kacau sebentar dan biarkan ayam empuk.
  4. Setelah ayam empuk, masukkan buah tomato kemudian tutup api.Dah siap ayam masak kalio.Selamat mencuba.Video tutorial sila tekan butang PLAY paparan di bawah.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments