Resepi Gulai Ikan Kembung Utara Style Mudah Dan Sedap

By LiNa_Pg - Saturday, February 07, 2026

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, apa khabar semua tetamu TMK, saya doakan semuanya sihat walafiat.Petang ini saya mengambil peluang untuk update blog dengan resepi-resepi yang tertangguh sekian lama.Doakan saya terus rajin menulis kerana banyak lagi resepi yang belum dimasukkan ke dapur maya yang satu ini.

Resepi hari ini ialah gulai ikan termenung atau ikan kembung.Resepi gulai macam ni memang sedap guna ikan kecil-kecil berbanding ikan mabong yang lebih besar tu.Gulai ikan yang saya buat ini kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair, sangat sesuai makan dengan nasi atau cicah lempeng.Kalau di utara dipanggil peknga (tempek atas belanga)

Gulai ikan dengan bendi yang tak rilekk haha

Resepi Gulai Ikan Kembung Mudah Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
3 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 cm halia (hiris)
2 tangkai daun kari
Sedikit halba campur
Minyak

Bahan B (tumbuk)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Bahan C
1 paket kecil serbuk kari ikan
1 sk serbuk cili
1 sk gula merah (optional)

Bahan D
10 ekor ikan kembung
bendi, tomato, cili merah dan cili hijau
Asam jawa (anggaran sebesar ibu jari-bancuh dengan air)
100ml santan (linapg guna santan kotak)
Garam dan serbuk pati ikan bilis
Air secukupnya untuk kuah

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak tumis semua bahan A hingga terbit bau.
  2. Masukkan bahan b dan bahan c, tumis hingga pecah minyak.
  3. Setelah tumisan pecah minyak, masukkan air dan tumis hingga pecah minyak kali kedua.Ulang proses masukkan air,tumis hingga pecah minyak lagi (lina pg ulang proses ini sebanyak 3x)Tips tumis beberapa kali pecah minyak, gulai akan semakin cantik dan sedap.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa, kacau sekejap.Kemudian masukkan santan (kuantiti santan bergantung kepada selera masing-masing).Kemudian tambah air secukupnya untuk kuah.Masukkan garam dan serbuk pati ikan bilis.Kacau sebentar dan biarkan kuah mendidih.
  5. Seterusnya masukkan ikan kembung, kacau manja-manja sahaja untuk elakkan ikan hancur/patah.
  6. Kemudian masukkan bendi, gaul dan biarkan bendi lembut sedikit.
  7. Akhir sekali masukkan tomato, cili merah dan hijau untuk hiasan.Tutup api.Gulai ikan kembung sedia dihidang.Selamat Mencuba!Tonton video tutorial di YouTube Malina Lina Pg.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments