Ada roti nak expired | Jom Buat | cucur roti yang rangup di luar lembut di dalam | cucur roti lina pg
By LiNa_Pg - Tuesday, December 15, 2020
Assalamualaikum...
Ada roti yang nak expired tapi tak habis makan, jangan buang sebab belum xpired kan?Jom kita olah menjadi cucur roti, confirm sekelip mata jer habis licin.Cucur roti ni sangat simple tapi sedap.Percaya tak, saya cuma makan macam tu saja tak perlu cicah dengan sos cili dan rata-rata yang dah mencuba cucur roti ni bagi feed back mereka juga makan tanpa cicah sebarang sos...Alhamdulillah ramai yang mencuba dan sukakan cucur roti ni.
Okeylah hari ni takmo celoteh panjang, resepi cucur jer pun hehee.Jom kita semak resepi
Nampak tak garing garing dan rangup di bahagian luar, tapi lembut berongga di bahagian dalam.Kena cuba tau.Nak guna udang, sosej pun boleh.Lina pg guna jejari ketam.CUCUR ROTI RANGUP DAN LEMBUT
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
5 keping roti
1/2 cawan air
daun bawang/daun kucai
2 biji cili merah (dadu/cincang)
3 jejari ketam (potong/dadu) boleh guna isi udang/sosej
1 biji telur
serbuk pati ayam (atau sedikit garam)
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar tepung gandum
Minyak
Cara-Cara
- Carik-carikkan atau gunting kepada saiz yang lebih kecil.Siram dengan air.Gaul rata dan biarkan selama 5min supaya roti kembang.
- Masukkan daun bawang, cili merah,jejari ketam,telur,serbuk penaik dan serbuk pati ayam.Gaul biar bercampur terlebih dahulu.
- Kemudian masukkan tepung gandum dan gaul sebati.Adunan tidak terlalu pekat atau cair.Rehatkan adunan selama 10min.
- Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasa.Angkat dan toskan.Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila ke youtube malina lina pg
1 comments
InsyaAllah akan cuba. Sebab kat rumah mmg selalu ada roti. At least ada cara lain nak makan roti. Asik sandwich je, roti bakar je....jemu pulak rasanya. Jazakallah khaiyr.
ReplyDelete