Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua.Dah ada idea nak masak apa untuk hari ni?Jom saya kongsikan satu resepi yang sangat mudah iaitu Telur Masak Asam.Telur masak asam ni sepupu sepapat dengan Rasam Telur jugaklah tapi ianya lebih mudah sebab tak guna sebarang rempah ratus.Rasanya pedas dan masam2 membuka selera tambahan pulak kalau makan bersama ikan masin goreng garing2 memang ngam teruk la.Resepi ni saya pernah post dalam blog ni tak ingat tahun bila tapi untuk lauk bersahur.Kali ni saya buat video tutorial di youtube.Alhamdulillah walaupun resepi simple tapi mendapat sambutan yang menggalakkan sebab ramai penonton yang memberi feedback belum ada resepi sebegini di youtube.Okey jom kita semak resepi telur masak asam style lina pg
Simple jer tapi cukup menyelerakanTelur Masak Asam
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
4 biji telur
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
5 biji cili kering (potong anggaran 2cm)
2 kiub ikan bilis
air asam jawa secukupnya
air (untuk kuah)
hirisan cili padi
tomato belah 4
minyak untuk menumis
garam dan perasa/gula (jika perlu)
Cara-Cara
- Panaskan minyak, tumis cili kering, bawang putih dan bawang merah hingga garing.
- Masukkan air asam jawa dan air secukupnya untuk kuah.Masukkan kiub ikan bilis.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.Seimbangkan rasa.Tambah garam dan perasa (jika perlu)Lina pg tidak menggunakan garam untuk video ini kerana kiub ikan bilis dan cukup masin.
- Masukkan telur satu persatu.Kemudian masukkan buah tomato.Tutup periuk dan biarkan telur masak/set.
- Akhir sekali tabur hirisan cili padi (jika lebih suka pedas).Tutup api dan telur masak asam sedia dihidang.Selamat mencuba.
- Untuk video tutorial klik paparan di bawah atau tekan link berikut https://youtu.be/7LG4eQTjub0
0 comments