Friday, December 4, 2020

Kuih Lapis Ubi Kayu Paling Sedap Dan Mudah | resepi kuih talam ubi kayu lina pg

 Assalamualaikum....

Sedar tak sedar dah pun hari Jumaat.Sekarang ni sejak sekolah online, hari pun tak berapa nak ingat hehee...Memandangkan kita dah berada di bukan Disember, saya cuba buat n3 sebanyak mungkin takut tak sempat habis segala mak nenek resepi yang ada dalam folder dan list resepi yang menunggu giliran untuk di post ke dalam blog ni.

Sekarang ni dah mula musim banjir di sesetengah tempat, semoga korang semua bersabar yea.Kalau kat Penang ni selalu banjir kilat yang ni tak kira musim, asal hujan lebat..Sekarang pun cuaca sejuk nyaman walaupun tak hujan.Sedang eloklah resepi yang saya nak kongsikan kali ini, bahan utamanya memang banyak pada musim hujan iaitu ubi kayu.Sesuai benarlah dengan keadaan cuaca sekarang ni.Walaupun hakikatnya resepi kuih lapis ubi kayu ni dah lamaaaaa dibuat.Owh ye resepi dan video tutorial saya ada upload di youtube juga tau.Untuk lebih mudah faham, korang boleh refer ke youtube sinun.

Kuih lapis ubi kayu ni ada juga yang memanggilnya dengan nama kuih talam ubi kayu dan ada juga yang panggil kuih ubi kayu traffic light.Yang paling rare ialah kuih TV3 hahaa.Satu lagi kuih yang seakan sama ialah talam ubi kanda dinda.Sebenarnya ada sedikit perbezaan talam kanda dinda dengan kuih lapis ni.Kuih talam ubi kanda ada dimasukkan sagu bersama dengan ubi kayu.Manakala kuih lapis ubi kayu ni hanya menggunakan ubi kayu semata.

KUIH LAPIS UBI KAYU | KUIH TALAM UBI KAYU

by Malina Lina Pg  http://linapg.blogspot.com/

bahan-bahan

1 kg ubi kayu parut

1 cawan gula pasir

300ml santan

sedikit garam

esen vanila

pewarna kegemaran 

bahan lain

100g kelapa parut

garam


Cara-Cara

  1. Dalam mangkuk besar, satukan ubi kayu parut, gula, garam,esen vanila dan santan.Gaul rata dan dan bahagikan kepada 3 bahagian.
  2. Letak pewarna (mengikit warna kegemaran masing-masing)lina pg guna warna hijau, merah dan kuning.
  3. Sediakan loyang 8x8in yang disapu dengan sedikit minyak (supaya senang nak keluarkan kuih apabila masak)
  4. Tuang adunan hijau dan kukus selama 10min.Pastikan air pengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  5. Setelah lapisan hijau masak, tuang lapisan kuning dan kukus lagi selama 10min.
  6. Akhir sekali tuang lapisan merah dan kukus selama 30min (supaya kuih masak dengan sempurna)
  7. Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  8. Sementara itu satukan kelapa parut dan sedikit garam.Kemudian kukus sebentar.Tips supaya kelapa parut lambat masam.
  9. Setelah kuih sejuk, potong kuih menggunakan pisau plastik supaya hasil potongan kemas.
  10. Gaul kuih dengan kelapa parut dan sedia dinikmati.Selamat mencuba.Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah.

No comments: