Kuih Sagu Bronok Mudah Dan Sedap | tak perlu kukus | kuih sagu mutiara lina pg

By LiNa_Pg - Tuesday, December 08, 2020

 Assalamualaikum...

Suka makan kuih sagu tak?alaaa yang warna merah tu gaul dengan kelapa parut.Kuih ni memang sedap tapi yang leceh tu kena kacau lepas tu kena kukus pulak.Kalau tidak sagu tak jernih.Kalau ada putih2 tu rasa macam 'fail' buat kuih ni.

Okey kali ni saya nak share trick buat kuih sagu kelapa parut tanpa kukus dan tak perlu lenguh tangan untuk kacau lama-lama.Hasilnya pulak sagu jernih dan cantik.Bukan sahaja cantik tapi tidak terlalu lembek.Pendek kata boleh potong cantik2.

Teknik untuk menghasilkan sagu yang jernih ialah dengan merebus sagu dalam air yang banyak.Kemudian kita balas lebihan sagu.Kaedah ni sama seperti nak buat kuih sagu gula melaka.Tapi kalau sagu gula melaka, sagunya rasa kosong sebab tu kena makan bersama gula melaka.Selepas sagu direbus sekejap (sagu direbus hingga hampir masak tapi tidak masak sepenuhnya)Kemudian bilas.Barulan kita sambung masak dan kacau bersama gula dan sirap.Mudah kan?sebab sagu dah hampir masak (masa kita rebus tadi)proses kacau tu mengambil masa yang singkat DAN lebihan kanji pun kita bilas, hasilnya sagu tidak melekat di periuk.Menarik kan?Kalau ada yang kurang jelas tak mengapa, saya sediakan video tutorial supaya lebih mudah faham.Saya suka teknik ni sebab tak payah nak kotorkan pengukus.Cuma guna satu periuk sahaja tak perlu kacau lama.

Cantik kan?Potongan pun kemas.Kuih tak terlalu lembek.Tapi kalau suka tektur yang lembek2 siket, boleh lebihkan air.Itu jer.Sangat simple

KUIH SAGU KELAPA PARUT
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A
2 liter air (lebih pun tak apa)
2 cawan sagu 

Cara-Cara
  1. Didihkan air terlebih dahulu, kemudian masukkan sagu.
  2. Kacau sekali sekala dan biarkan sagu kembang 80% (masih ada putih-putih di bahagian tengah)
  3. Tutup api dan tuangkan sagu ke dalam penapis.Bilas dengan air paip (untuk buang lebihan kanji)
  4. Toskan.Ketepikan
Bahan B
2+1/2 cawan air panas 
1 cawan gula pasir (boleh lebihkan gula jika suka manis)
2 helai daun pandan
1 sudu besar sirap ros
Sagu yang telah direbus (hasil dari bahan A)
2 sudu besar rata tepung (bancuh dengan air)
Kelapa parut + garam

Cara-Cara
  1. Satukan air panas, gula, sirap dan daun pandan.Biarkan gula larut terlebih.
  2. Kemudian masukkan sagu dan kacau hingga sagu jernih.Jika sagu belum jernih tapi air hampir kering boleh tambah anggaran 1/2 cawan air panas.
  3. Apabila sagu jernih,masukkan bancuhan tepung jagung.Ini rahsia supaya kuih sagu dapat dipoting dengan kemas dan cantik.Kalau nak hidangkan kuih sagu dalam mangkuk/cup kecil tak perlu guna tepung jagung.
  4. Kemudian tuang sagu ke dalam loyang.Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dah hidang bersama kelapa parut.
Note: Kukus kelapa parut dengan sedikit garam supaya lambat masam/basi.Tips potongan kuih yang kemas ialah potong menggunakan pisau plastik.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments