Resepi Kuih Talam Gula Merah Paling Sedap Dan Mudah | kuih talam tanpa air kapur | lina pg
Assalamualaikum...
Wah hampir setiap hari update blog, sekalung tahniah untuk diri sendiri la hahaa...Kalau di youtube lina pg dikenali sebagai youtuber kuih (pepandai jer depa bagi gelaran)agaknya sebab resepi kuih mendominasi youtube channel lina pg.Sebenarnya ada juga resepi lain seperti lauk, nasi dan juga lain lain.Agaknya kuih muih tradisional lebih banyak.Sebenarnya saya ingin memartabatkan kuih-kuih lama yang semakin dilupakan takut pula hilang terus ditelan zaman, kalau tak ada yang kongsikan resepi.Tapi itulah kuih tradisional ni tinggi betul daulatnya, silap siket memang tak menjadi.Pesanan saya kalau pertama kali nak mencuba jangan sesekali mendurhakan resepi.Ikut betul-betul, kalau tidak hasilnya cuma 'PENAT' sahaja.
Resepi kuih talam ada 2 jenis iaitu talam pandan dan kuih talam gula merah.Untuk tepung, ada setengah resepi menggunakan tepung beras ,ada juga yang menggunakan tepung gandum dan ada yang menggunakan campuran 2 jenis tepung iaitu tepung beras dan tepung gandum.Penggunaan tepung yang berbeza menghasilkan tektur kuih yang berbeza.Terpulang selera masing-masing.
Kalau kuih talam, saya suka makan bahagian koko tu sebab tu bahagian santan sengaja buat nipis siket hehe- Satukan semua bahan dan masak hingga gula larut.Tapiskan dan biarkan sejuk seketika.
- Satukan semua bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar halus.
- Tapiskan ke dalam loyang 8x8in yang dialas dengan kertas baking.
- Kukus selama 30min (hingga masak)
- Satukan semua bahan ke dalam periuk kecil.Kacau sebati terlebih dahulu supaya tiada ketulan.
- Kemudian masak hingga naik wap sahaja.Ketepikan sebentar sementara menunggu lapisan bawah masak.
- Setelah lapisan bawah masak, cakar-cakar/kelar sedikit supaya lapisan santan dapat melekat dengan kemas.
- Kemudian tuang lapisan atas.Tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas kuih.
- Kukus selama 30min (hingga masak)
- Setelah kuih masak, biarkan kuih betul betul sejuk sebelum dipotong.Selamat mencuba.
4 comments
sedapnya talam ni
ReplyDeleteyg penting berlemak dan lembut mesti sedapp
Alhamdulillah sedap... alang² dah komen ni saya nak bagitau.. saya tak boleh masuk ke blog mama sara... macam ada virus... nanti cek ya... banyak kali saya nak blog walking kalau kebetulan saya tengah update blog dan kawan² ada post baru saya nak singgah la... tp blog mama sara saya tak boleh BW
DeleteNampak sedap kejadiannya...Insyaallah nak try lah nanti..Tq share resepi
ReplyDeleteKuih talam pandan plezz🤗
ReplyDelete