Resepi Cucur Nasi Sedap Dan Lembut Sampai Ke Petang

By LiNa_Pg - Wednesday, December 09, 2020

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, nampaknya semangat menulis dan update blog berkobar-kobar ni.Bukan apa, banyak lagi bahan yang menunggu turn untuk dipost ke sini.Tak nak la bahan tahun 2020 dibawa ke tahun hadapan.Melampau sangat tu.Saya cuba sedaya upaya untuk habiskan semua resepi yang dah disiarkan di youtube.Itu belum lagi resepi yang dah di post ke IG (resepi bertulisan yang tak ada video)Korang doakan semoga saya terus rajin menulis ok.Buat video dan edit video tu macam rajin siket la sebab setiap minggu ada jer video baru untuk post ke youtube.Bab menulis ni jer dia kurengggg rajin.

Okey berbalik kepada tajuk post hari ini iaitu cucur nasi, hurmmm kadang kadang bila masak nasi, ada jer lebihan nasi tapi siket sangat.Nak goreng tak cukup, tak buat apam ke apa, macam malas pulak kan?Apa kata buat cucur nasi pulak.Buat cucur atau cekodok ni senang sangat.Masuk dalam blender, kisar jer campur2 dengan gandum dan bahan lain bagi meriah siket.Lepas tu goreng.Makan panas panas memang sedap sangat tau.Cicah sos cili lawan dengan teh O atau kopi O memang terangkat.

cucur nasi, resepi cucur sedap, resepi cucur nasi sedap dan lembut sampai ke petang, cucur simple dan sedap, idea minum petang, nasi lebih nak buat apa,

Nampak tak terserlah kelembutannya cucur nasi ni.Bahan pun simple sangat.Rugi kalau korang tak cuba.Psst kalau teringin nak buat, tak payah tunggu nasi lebih.Karang nak masak nasi untuk lunch korang lebihkan siket hehee..Pastu petang ambil la 1 cawan untuk buat cucur.Kan senang camtu hehe..

CUCUR NASI SEDAP DAN LEMBUT

by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan-Bahan

1 cawan nasi

3/4 cawan air (untuk kisar nasi)

1 cawan tepung gandum

1 cawan daun bawang/daun kucai

1 keping fish cake (dadu kecil)boleh gua udang/apa2 jer

2 biji cili merah (dadu/cincang)

1 biji telur

1 sudu besar serbuk pati ayam (atau sedikit garam)

1/2 sudu kecil serbuk penaik

Minyak


Cara-Cara

  1. Masukkan nasi dan air ke dalam blender.Kisar halus.Tuang ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan daun bawang, fish cake, cili merah dan telur.Gaul sebati terlebih dahulu.
  3. Kemudian masukkan tepung (masuk siket jer dulu),serbuk pati ayam dan serbuk penaik.
  4. Gaul rata, kemudian tambah lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit.Adunan tidak terlalu cair atau pekat.Rehatkan adunan selama 10min.
  5. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Cucur nasi sedia dinikmati.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Assalamualaikum Lina,
    seronok ikut perkembangan Lina sebagai u tuber. Tahniah dan syabas! Kak Amie belum mampu ikut jejak Lina, hanya main masak2 di blog saja.

    ReplyDelete