Resepi Bihun Singapore Mudah Dan Sedap | bihun goreng putih resepi simple untuk beginner
Assalamualaikum....
Salam Jumaat buat semua, hari ini merupakan hari terakhir seisi persekolahan tahun 2020, sedar tak sedar dah nak habis tahun 2020 ni.Semoga tahun hadapan memberi sinar baru buat kita semua dan covid19 akan berlalu pergi.
Berbalik kepada resepi kita hari ini iaitu bihun singapore atau juga dikenali sebagai bihun putih.Tapi kalau di Penang ni bihun putih ni sangat sinonim dengan nama gelaran bihun besday hehee...Unik kan nama dia.Sebenarkan kalau kat sini, bila ada sambutan hari jadi,bihun singaporelah yang menjadi pilihan.Bukan apa selalunya majlis harijadi akan dibuat di sebelah petang antara pukul 3-5pm.Jadi menu paling sesuai ialah bihun.
Kalau sebelum ni, kat rumah saya agak 'kurang laku' dengan bihun putih ni.Pernah beberapa kali saya buat, anak-anak makan tapi mereka tambah kicap pulak supaya bihun tu nampak gelap hahaaa...Adoi dari elok-elok bihun tu putih suci terus berkicap jadinya.Tapi itu dululah masa mereka masih kecil.Bila dah besar ni tekak dah boleh terima.
Resepi bihun putih ni saya buat khas untuk beginner,sesuai bagi mereka yang baru nak mencuba.Kalau yang dah terrer tu, bolehlah abaikan.Kerana resepi sangat simple dan tidak menggunakan garam.Biasanya resepi yang saya kongsikan memang mudah dan senang jer.Bukan apa, senang untuk anak-anak sendiri refer resepi mama dia hehee..Anak-anak saya tak kira lelaki atau perempuan, sama jer semua kena masuk dapur.Semua kena tahu masak.Asal lepas tekak sendiri pun okeylah.Tapi mama pandai ambil kesempatan,bila anak dah pandai masak, mama pulak main order...abang long nanti goreng bihun, abang long goreng maggi hahaa.Apa lagi anak-anak buka youtube mama la sebelum mula ke dapur.Satu benda yang saya kongsikan, anak-anak saya tidak akan sesekali bertanya resepi kepada saya (walaupun mama dia tercongok jer kat ruang tamu) mereka akan tengok youtube dan buat sampai selesai.
Untuk resepi meehoon singapore ni saya sediakan video tutorial di youtube juga.Macam biasalah dah berbulan post ke sana.Hari ni baru sampai 'turn' untuk masuk blog.
Mana pi tak tahu lauk2 semua.Tertimbus kat bawah gamaknya hahaa.kalau bihun singapore kat Penang ni, daging adalah bahan wajib dan udang tu sunat jer.Nak letak ka tak mau terpulang selera.Untuk bihun putih kali ini saya cuma guna isi ayam, sedikit daging dan fish cake.- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan isi ayam dan daging.Kacau sebentar kemudian masukkan 1 cawan air.Masukkan fish cake dan biarkan mendidih.
- Masukkan sos tiram, kicap cair, lada hitam dan kiub ikan bilis.
- Masukkan sayuran keras (karot dan batang sawi) dan masukkan 1/2 cawan air.Biarkan karot dan batang sawi lembut.
- Masukkan bihun yang telah dilembutkan dan kacau sebati dengan tumisan.Boleh tambah sedikit air (jika perlu)lina pg tambah anggaran 1/2 cawan sahaja.
- Sambil kacau bihun, terus masukkan sawi (bahagian daun).Gaul rata hingga bihun lembut dan sawi sedikit layu.
- Kemudian masuk serbuk lada sulah (lina pg guna ajishio), akhir sekali masukkan kucai, cili merah dan cili hijau.Gaul rata.Kemudian tutup api.Bihun goreng singapore dah siap.
1 comments
Baru tahu perbezaan yang Penang dan Singapore punya.
ReplyDelete