Resepi Kuih Lompang Gula Merah Dan Tips Kuih Berlesung Pipit | resepi kuih lompang sukatan cawan

By LiNa_Pg - Thursday, December 31, 2020

 Assalamualaikum...

31hb Disembeer 2020, kita berada di hari terakhir tahun 2020, begitu cepat 2020 meninggalkan kita, tahun 2020 pelbagai pahit manis, semuanya pengalaman baru yang tak pernah kita bayangkan.Semoga tahun 2021 membawa sinar baharu kepada kita semua.Nampaknya azam saya untuk cuba habiskan resepi yang bersusun dalam folder tidak kesampaian.Tak terkejar juga dibuatnya.Tak apalah kita update secara slow and steady gitu.

Okey berbalik kepada kuih kita hari ini iaitu Kuih Lompang gedik-gedik..kenapa gedik-gedik?sebab  kuih ni sangat lembut dan sedap.Saya lebih suka buat kuih yang tidak menggunakan kapur makan.Jadi tekturnya lebih lembut, kalau letak air kapur lain pulak hasilnya lebih kenyal dan 'firm' sedikit tetapi lekuknya akan lebih dalammmm.Kalau tak guna air kapur, lekuk atau lesung pipitnya tetap ada kalau ikut tips yang diberi tapi lesungnya tidak begitu dalam.

Tips penting supaya kuih lompang berlekuk ialah WAJIB panaskan bekas/acuan lompang terlebih dahulu.Lepas sapu dengan minyak, kena panaskan acuan anggaran 10min macam tulah.Bukan setakat hasilnya akan berlekuk tetapi kuih lompang juga mudah tertanggal atau mudah nak dikeluarkan apabila telah masak nanti.So, jangan mengelat okey..Alang-alang nak panaskan pengukus tu, terus masukkan acuan lompang sekali.Mudah jer kan

kuih lompang, resepi kuih lompang sukatan cawan,kuih lompang gula merah, cara buat kuih lompang, kue lumpang, kuih kosui,gula merah, kuih tradisional,resepi lompang gula merah, resipi lompang sukatan cawan,kuih lompang lina pg,
Haa...nampak tak?walaupun tak guna air kapur, lesung pipit dia tetap menawan kalbu.Kuih pun lembutttt jer.

RESEPI KUIH LOMPANG GULA MERAH 
By Malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (sukatan cawan metrik)
1 cawan gula merah (boleh tambah/kurang)
1-2 sudu besar gula pasir (bergantung kemanisan masing-masing)
2 1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi kayu
Sedikit garam
sedikit minyak

Bahan Lain
1 cawan kelapa parut
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Satukan air,gula merah,gula pasir,daun pandan dan sedikit garam ke dalam periuk kecil.Masak hingga gula larut.Tapiskan dan biarkan sejuk/suam-suam kuku.
  2. Sementara menunggu air gula sejuk, sapukan minyak pada acuan lompang dan panaskan sebentar anggaran 10min.
  3. Satukan air gula, tepung beras, tepung ubi ke dalam bekas dan kacau hingga sebati.Kalau nak mudah, boleh guna blender dan kisar sekejap.
  4. Tapiskan adunan, jika menggunakan kaedah blender, pastikan tiada buih2.Jika berbuih kena cedok/keluarkan buih terlebih dahulu.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan lompang(yang telah dipanaskan tadi).Tutup dengan aluminium foil untuk elakkan air menitik ke atas kuih.
  6. Kukus selama 20min (atau hingga masak)guna API BESAR.Untuk mendapatkan lekuk yang cantik.Ingat tau API BESAR, kalau api sederhana memang tak jadilah lekuk tu nanti.
  7. Setelah kuih masak, pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan.
  8. Tips mudah untuk keluarkan kuih dari acuan lompang ialah menggunakan lidi atau pencungkil kiki.Sisip bahagian tepi dan kuih akan keluar dengan sendirinya.Boleh refer video di youtube.
  9. Untuk kelapa parut pula, satukan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus selama 10min.Tips untuk mengelakkan kelapa lambat basi/masam.
  10. Cara menghidang, gaulkan kuih lompang dengan kelapa parut kemudian bolehlah dihidang.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. suka kuih lompang...mak ada juga pernh buat

    ReplyDelete
  2. saya suka sangat ni, dulu masa kecil selalu confuse dengan kaswi

    ReplyDelete