Agar Agar Cermin Buah Sedap Dan Mudah Sesuai Dijadikan Hantaran

By LiNa_Pg - Wednesday, March 10, 2021

 Assalamualaikum...

Asyik tenggelam timbul jer kan? Dah mula sekolah ni bertambah sibuk la. Hari ni curi curi masa sekejap untuk update blog. Walaupun bahan masih banyak, tapi sayangnya semua gambar ada dalam folder laptop yang rosak. Nasib baik gambar agar2 cermin ni saya ada post ke IG... Bolehlah skrinshoot dan buat post ke dapur maya yang satu ini. Kalau gambar blur atau kualiti out hurmmm... terimalah seadanya

agar agar cermin buah, puding buah kaca, fruit cake recipe, agar agar hantaran,puding buah segar,
Agar agar cermin buah segar ni dah agak lama saya buat...Rasanya hujung tahun 2020 lagi ni.Macam biasalah lama betul nak update dalam blog ni.Pagi ni kering idea tak tahu nak karang apa...kita terus semak resepi jer.Resepi agar agar buah ni saya ada buat video tutorial juga.Untuk lebih senang faham boleh refer video di youtube okey

AGAR AGAR CERMIN BUAH
By malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
10g agar agar serbuk
1000ml air
1 cawan gula pasir (200g)
2 helai daun pandan
1 cm gula batu
pewarna kegemaran atau sirap
Buah-Buahan pilihan

Cara-Cara
  1. Buah-buahan segar dipotong kepada saiz kecil.atau mengikut kreativiti masing masing.
  2. Satukan agar2 serbuk, air, gula,gula batu dan daun pandan, kemudian masak hingga agar agar dan gula larut.Keluarkan daun pandan.
  3. Sediakan loyang 8in dan basahkan dengan air, TIPS supaya senang untuk keluarkan agar2 dari acuan bila telah beku nanti.
  4. Letakkan sedikit adunan agar-agar anggaran 2 senduk, kemudian susun buah-buah segar.
  5. Kemudian tuang agar-agar ke atas susunan buah tadi hingga paras buah sahaja.Masukkan agar-agar ke dalam peti sejuk beku (freezer)selama 2min sahaja dan biarkan mengeras sedikit.
  6. Baki adunan agar-agar, bolehlah diwarnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.Lina Pg gunakan sirap.
  7. Setelah agar-agar mengeras sedikit (set di bahagian atas), keluarkan dari peti sejuk dan cucuk dengan garfu supaya lapisan berwarna merah dapat melekat dengan kemas.
  8. Tuang adunan agar-agar berwarna merah tadi ke atas agar-agar buah.Dan simpan dalam peti sejuk hingga mengeras (semalaman atau lebih kurang 4-5jam)
  9. Potong agar-agar mengikut kreativiti dan bolehlah dihidang.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments