Kerabu Kerang Pucuk Paku Ratah Pun Sodapp | Kisah Laptop Rosak.... Dugaan

By LiNa_Pg - Tuesday, March 02, 2021

 Assalamualaikum....

Lama betul tinggalkan dapur maya yang satu ni. Tengah bersemangat nak update blog dengan bahan/resepi yang masih banyak dalam folder, laptop pulak buat hal. Tiba² tak boleh power ON, pengsan terus.. Alahai dugaan betul dah la gambar² masakan banyak yang belum update dalam blog.Nasib baik jugaklah video yang terbaru saya masih selamat sebab tak transfer ke laptop.. kalau tidak semuanya hilang.Jumaat lepas hantar laptop ke set center minta check apa masalahnya... check saja pun katanya RM200 huhuuu... costumer service tu cakap suspect mother board problem.. kalau tukar board cost RM1900 (dangg... nak pitam mak nak) laptop ni pun satu ngam² abes warranty lak dia rosak... ish... ish..... kami ambil keputusan.. check jer dulu dan bayar RM200, kalau betul² motherboard yang rosak memang laptop tu jadi 'tikus makmal' la kat cik abe buat eksperimen hahaaa... dia memang suka la eksperimen macam tu abes dibuka part dan suai padan dengan laptop lain nak bagi lajulah apalah... Apa pun tunggu jer technician call dan update. Katanya ambil masa 7-10 hari berkerja. Sementara tu sabaarrrrr jer la.


Okey berbalik kepada tajuk n3 hari ni kerabu kerang pucuk paku. Bila buat pun dah tak ingat yang pasti tahun 2020 punya la ni haha.. Kebetulan beli kerang yang besar² terus buat kerabu. Kalau saiz kecik, selalunya rebus dan makan camtu jer. Budak sarah suka sangat kerang ni. Bila abah dia beli 1kg, makan yang rebus separuh dan ambil separuh buat kerabu. 

KERABU KERANG PUCUK PAKU
@malina_lina_pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan²
½kg kerang (rebus ambil isi) 
½ ikat pucuk paku (celur) 
3 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
5 biji cili padi (tumbuk)
1 cm belacan (tumbuk)
1 biji cili merah hiris
1 labu bawang besar (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar sos ikan
3 biji jus limau kasturi (atau secukup masam)
Garam dan perasa

Cara
Satukan semua dan seimbangkan rasa. Kerabu kena ada rasa pedas, masin dan masam.
Selamat mencuba. 

Kerabu Kerang Pucuk Paku resepi selingan sementara menunggu khabar berita laptop hihii. Nasiblah gambar ni saya post ke IG dapatlah skrinshoot dan post ke blog. 
Kalau ada typo harap dimaafkan sebab update guna hp jer ni. 


  • Share:

You Might Also Like

0 comments