Sup Ayam Ala Thai Pedas Masam sesedap Rasa Pasti Membuka Selera

By LiNa_Pg - Tuesday, March 23, 2021

 Assalamualaikum....

Kembali bersua, gigih menaip pepagi hari nak siapkan n3 yang tertangguh sekian lama.Hari ni saya nak share idea lauk untuk makan tengahri sup ayam ala thai.Lama sungguh dah buat ni dari bulan Disember tahun 2020 lagi..Tu dia memang basi lamaaaa dah.

Hari tu kan saya ada cerita pasal laptop saya rosak, hurmmm ni nak bagitahulah sinambungannya...gambar dalam laptop memang tak boleh diselamatkan dah...wassalam semua.Nak dijadikan cerita masa saya post ke IG pulak saya buat teaser video pendek so tak adalah gambar sup ala thai ni.Hurmmm nak buat macam mana kan benda dah nak jadi.Sup ayam ni saya cuma akan tepek resepi dan thumbnail dari youtube ajer.Jenuh cari2 dalam hp kot2 saya ada snap guna hp..memang tak ada.Apa nak buek...

Okey jom kita semak resepi sup ayam ala thai, sedap tau pedas masam san sungguh  beraroma.Sepatutnya karot dimasukkan sekali dalam sup ni tapi saya terlupa, biasalah bila shoot video dok kosentrat nak tekan tekan record nak buat itu ini, kadang tertinggal bahan.Tapi tak ada karot pun tak apa tidak menjejaskan rasa, masih sedap dan padu gituuu.


SUP AYAM ALA THAI
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan
800g ayam
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1 cm halia (tumbuk)
1 batang serai (titik)
5 ulas bawang merah (belah)
Daun ketumbar 
cili padi merah dan hijau
daun bawang (potong anggaran 2 inci)
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
minyak
1 kiub ayam
2 sudu besar sos ikan
Tomato belah 4
batang seleri
Jus limau nipis 
Garam
Air

cara cara
Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang , bahan tumbuk dan serai.Masukkan bawang merah (belah) ,akar ketumbar, cili padi , daun bawang.Tumis hingga terbit bau dan bawang sedikit layu
Masukkan ayam dan gaul dengan bahan tumisan hingga sebati.Tutup periuk sekejap untuk kecutkan ayam.
Setelah ayam kecut, masukkan air secukupnya untuk kuah.Masukkan garam, sos ikan.Masukkan daun ketumbar (bahagian keras) ,kiub ayam.Kalau nak masukkan karot boleh masukkan.Tutup periuk dan biarkan ayam empuk.
Setelah ayam empuk, masukkan buah tomato, jus limau nipis, batang seleri, daun ketumbar dan hirisan cili padi (jika suka lebih pedas)
Sup Ayam Ala Thai siap...Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments