Ikan Stim Chinese Style | Siakap Stim Mudah dan Sedap (Idea Untuk Sambutan Tahun Baru Cina 2021)
By LiNa_Pg - Sunday, January 31, 2021
Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi simple dan sihat.Kebiasaannya resepi chinese ni sangat mudah dan ringkas tapi rasanya sunggu sedap dan menyelerakan.Saya suka masakan cina sebab tak berlama di dapur.Tak perlu tumis apa2 pun.Potong-potong tuang jer dan siap.Tak lama lagi sambutan tahun baru cina bakal tiba, resepi ini kira sesuai jugaklah untuk makan besar bersama keluarga tersayang.Boleh guna apa sahaja ikan yang sesuai, kali ini saya menggunakan ikan siakap, kalau nak guna ikan bawal emas atau kerapu pun boleh.
Rasa macam tak berapa ada idea nak mengarang panjang-panjang.Jom lah kita terus sahaja semak resepi.
Sangat mudah,tak perlu tumis apa2 bahan pun.Kalau suka halia boleh gandakan sebab rasanya sangat sedap.Saya ingatkan anak2 takmo makan halia tu,rupanya pakat kutip makanIkan Siakap Stim Chinese Style
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan (Untuk stim ikan)
1 ekor ikan siakap
5-6 hiris
daun bawang
sedikit garam
minyak bijan
Bahan B (sos)
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil gula merah
sedikit jus lemon (lina pg guna sebelah lemon)
Bahan C(hiasan)
daun bawang secukupnya
cili merah
halia
daun ketumbar
Cara
Mayang halus daun bawang, cili merah dan halia.
Bahan D
3-4 sudu besar minyak yang dipanaskan
Cara-Cara
- Ikan dicuci bersih dan kelar-kelar supaya cepat masak.
- Perasakan ikan dengan garam
- Daun bawang ambil bahagian batang (keras)potong panjang anggaran 3-4 inci.Susun daun bawang dalam bekas untuk mengukus
- Letakkan ikan siakap dan susun halia di bahagian atas ikan.
- Tuang sedikit minyak bijan ke atas ikan.
- Kukus ikan selama 20min (hingga masak).
- Sementara ikan masak, kita buat sos.
- Satukan semua bahan B dan perah jus lemon.Kacau sebati.
- Setelah ikan masak, keluarkan halia dan buang air dalam bekas mengukus ikan.
- Susun daun bawang, cili merah dan halia yang dimayang halus ke atas ikan.
- Tuang sos tadi ke atas ikan.Kemudian tuang minyak yang dipanaskan.
- Akhir sekali letakkan daun ketumbar untuk hiasan.
- Ikan Siakap Stim Chinese Style sedia dinikmati.Sunggug refreshing.Selamat mencuba.Untuk video tutorial boleh tonton di youtube
0 comments