Gulai Udang Daun Kesum

By LiNa_Pg - Tuesday, January 26, 2021

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, baru berkesempatan untuk update blog selepas seisi persekolahan 2021 ni.Okey hari ni saya share resepi lauk harian yang kerap jugak saya ulang siar kat rumah ni.Kalau kebetulan beli udang dan agak buntu tak tahu nak masak apa, dan ada daun kesum, memang resepi ni akan saya repeat sebab lauk ni menjadi kegemaran anak-anak saya.Kalau buat gulai biasa pun dah cukup sedap kalau guna udang kan?Apatah lagi kalau masukkan daun kesum memang bangkit sungguh la aroma gulai tu.

Resepi gulai udang daun kesum ni sebenarnta resepi authentic dari Terengganu sebab gulai ni menggunakan rempah khas dari Terengganu iaitu rempah rose.Tetapi kalau korang tak ada rempah rose boleh jugak kalau nak guna rempah kari ikan/udang yang biasa.Cuma rasa dan aroma gulai lain siket la.Bolehlah kan dari tak de hehee...Satu lagi kelainan gulai udang ni ialah penggunaan kerisik yang akan memekatkan lagi kuah gulai.Kena cubalah baru boleh tahu keenakannya.

gulai udang daun kesum,resepi gulai udang, kari udang mudah dan sedap, udang nak masak apa, gulai terengganu, rempah bunga rose, resepi lauk harian, youtube malina lina pg, gulai udang malina lina pg,daun kesum, cara simpan bunga kesum,
Gulai udang daun kesum ni memang tak letak bendi tau.Jangan memandai pi lekat pulak, lari rasanya nanti.

GULAI UDANG DAUN KESUM
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
400g udang
1 sudu besar cili giling*
1/2 sudu besar rempah masak (bunga rose)*
2 sudu besar rempah gulai (bunga rose)*
7 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
4 hiris lengkuas (tumbuk)
1 cm halia (tumbuk)
1 cm kunyit hidup (atau sedikit serbuk kunyit) (tumbuk)
200ml santan pekat (lina pg guna santan kotak)
2 asam keping
1 sudu besar kerisik
Daun kesum
Cili merah
Garam
serbuk pati ayam (atau perasa)
Minyak
Air secukupnya

Cara-Cara
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan masukkan sedikit air.Jadikan pes kari pekat.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan dan tambah air secukupnya untuk kuah.
  4. Masukkan garam ,serbuk pati ayam (atau perasa), kerisik ,asam keping dan daun kesum.
  5. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul/bergentel.
  6. Apabila kuah hampir mendidih masukkan udang.Masak sekejap sahaja hingga kulit udang bertukar warna.Udang tidak boleh dimasak terlalu lama kerana isinya akan menjadi keras.
  7. Akhir sekali masukkan cili merah.Tutup api.Gulai Udang daun Kesum sedia dihidang.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments