Cara Buat Kari Kepala Ikan Paling Sedap | Tips Dan Petua Kari Pekat Tanpa Santan

By LiNa_Pg - Monday, January 04, 2021

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, walaupun bersiaran di tahun 2021 tetapi bahannya dibawa dari tahun 2020 lagi haha.Sebenarnya dah banyak kali juga saya buat post resepi kari kepala ikan dalam blog.Ada pelbagai versi, yang guna santan dan ada juga yang tidak menggunakan santan.

Kali ini saya nak share satu tips istimewa cara orang dulu-dulu buat kari yang pekat melekat dan sangat sedap iaitu menggunakan beras sangai (dalam kamus dewan ialah sangrai)iaitu beras yang digoreng tanpa minyak hingga keperang kemudian ditumbuk hingga halus.Tips dan petua ni akan menghasilkan kuah kari yang pekat dan sangat sedap.Untuk tips beras sangai ni saya ambil dari kak shiela  manakala resepinya saya olah mengikut citarasa sendiri.Sebelum ni saya pernah buat resepi kari ikan beras sangai.Boleh tengok kat SINI 

Resepi kari kepala ikan ni saya ada buat video tutorial juga di youtube, nanti boleh tengok kat sana untuk lebih mudah faham.Jom kita semak resepi Kari Kepala Ikan.Kalau nak guna ikan pun boleh.

resepi karti kepala ikan, kari ikan sedap,petua kari pekat, kari ikan tanpa santan, kari ikan beras sangai,cara buat kari kepala ikan macam restoran, gulai ikan utara,gulai ikan pekat,
Kuahnya pekat melekat walaupun tak guna santan.kalau ada baki kuah boleh buat cicah roti.

RESEPI KARI KEPALA IKAN 
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 ketul kepala ikan
1 labu bawang besar (hiris)
1 cm halia (tumbuk)
7 ulas bawang merah (tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
2 paket kecil serbuk kari ikan
1 sudu besar cili giling
2 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campur
2 sudu besar beras (sangai dan tumbuk halus)
2 biji tomato (belah 4)
bendi (buang tangkai dan ekornya)
cili merah,cili hijau dan cili padi
1 cm gula nisan/gula melaka
garam dan perasa
1 kiub ikan bilis
Air asam jawa
Air secukupnya
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, tumis daun kari, hirisan bawang besar, halba campur dan bahan yang ditumbuk.
  2. Apabila bahan tumis garing, masukkan cili giling dan rempah kari (masukkan sedikit air supaya rempah kari tak hangus).Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula nisan dan beras sangai yang telah ditumbuk halus.
  4. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya (untuk kuah).Masukkan garam,perasa (atau cukuprasa) ,kiub ikan dan cili padi (cili padi ni tips supaya kari jadi lebih sedap).Biarkan kuah mendidih dan nampak pekat.
  5. Masukkan kepala ikan dan tutup periuk.Apabila bahagian bawah telah masak, terbalikkan kepala ikan (supaya ikan masak dengan sempurna)
  6. Masukkan bendi dan tomato.Tutup periuk dan biarkan ikan masak dan bendi lembut sedikit.Akhir sekali masukkan cili merah.Tutup api dan kari kepala ikan sedia dihidang.
  7. Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments