Resepi Bingka Ubi Kayu Cheese Mudah Dan Sedap (Guna Blender Jer)
Assalamualaikum...
Masih lagi marathon update resepi-resepi dalam folder tahun 2020.Kalau resepi berasaskan ubi ni biasanya yang hujung hujung tahun la kan musim hujan barulah banyak ubi kayu dijual di market.Selalunya saya menggunakan ubi kayu kuning sebab tekturnya lebih kenyal dan sedap.Kalu ore klate sebut 'lay eat' (sila sebut cam omputis)haha.
Tercetus idea nak buat bingka ubi kayu cheese sebab tengok seketoi cheese tergolek dalam peti ais.Tak tahu zaman bila la dok mereput kat situ (kalau tak expired kita guna jer la)Maklumlah sejak bersara dari baking membaking, tak berapa nak peduli sangat cheese2 ni.Disebabkan kerajinan yang tak seberapa dan terasa sangat malas nak keluarkan mixer yang gedabak tu, saya guna jalan pintasa sahaja iaitu menggunakan blender...Nah..senang kije.Buzz..buzzz tuang dalam loyang, bakar jer.Sungguh mudah, cepat dan menjimatkan masa.Sambil tunggu kuih dibakar dah boleh kemas2 dan cuci peralatan yang digunakan.Okey jom kita semak resepi bingka ubi kayu cheese ni.Sedap sangat tau lemak2 manis, lemak cheese dan lemak dari santan tu memang padu.Kalau yang diet memang nangis tepi bucu hahahaa...Apa hal pun makan dulu, diet kemudian fikir.
Tekturnya halus dan bahagian atas yang berkerak tu memang sangat heaven- Satukan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
- Sediakan loyang 8x8in alas dengan baking paper dan sapu sedikit minyak atau majerin.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar suhu 180'c selama 1 jam atau hingga masak.Boleh tambah waktu pembakaran sekiranya suka bahagian atas berkerak.Boleh tonton tips di video tutorial YouTube Malina Lina Pg
- Biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidangkan.Selamat Mencuba
2 comments
kita memang suka bingka ubi kayu.. tapi tak pernah lagi makan yang ada cheese.. :)
ReplyDeletesedap tau ala² new york cheese cake gitu hehe
Delete