Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan resepi lauk harian yang cukup mudah iaitu Cencaru Sumbal Sambal.Cencaru sumbat ni ada 2 jenis iaitu sumbal sambal dan juga cencaru sumbat kelapa.Kalau di Penang ni kedua-dua versi ni sangat femes.Tapi bagi saya lebih suka yang sumbat sambal sebab yang kelapa tu terasa bersepah-sepah siket.
Idea nak menulis tak berapa nak ada ni, kita terus saja semak resepi ikan cencaru belah belakang.
Ada lebihan sambal, saya lumur jer kat atas ikan tu sebab tu nampak comot-comot heheIKAN CENCARU BELAH BELAKANG
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
2 ekor ikan cencaru (belah belakang)
7 ulas bawang merah (kisar)
1 cm belacan (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu besar cili giling
1/2 kiub ikan bilis
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit asam jawa
garam dan gula
minyak
air
Cara-Cara
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan cili giling, masukkan sedikit gula (untuk karamelize bawang nanti akan nampak warna merah yang cantik).Tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan pes asam jawa,kiub ikan bilis dan hirisan bawang besar.Kacau sebentar hingga bawang sedikit layu.Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
- Sementara itu perasakan ikan cencaru dengan sedikit garam dan masukkan/sumbat sambal ke dalam ikan.Kalau nak balut ikan dengan daun pandan atau pisang pun boleh.Tapi lina pg tak balut.
- Panaskan minyak terpulang selera nak goreng dengan minyak yang banyak atau minyak sedikit ataupun boleh juga dibakar.
- Goreng/bakar ikan cencaru hingga masak.Ikan cencaru sumbat sambal sedia dihidang.Makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap terangkat.Selamat mencuba.
- Video tutorial sila klik paparan di bawah.
1 comments
Waalaikumussalam. sedap ni makan nasi panas-panas ^_^
ReplyDelete