Tuesday, July 30, 2013

Kari Ikan Jenahak Tanpa Santan (Menggunakan Beras Sangai)

Assalamualaikum...
Cam pelik jer kan tajuk n3 kat atas tu?Apa lak Kari Ikan Beras Sangai.Ekceli resepi kari ikan kali ni agak istimewa sket sebab menggunakan petua menjadikan Kari Ikan bertambah sedap.Iaitu dengan menambahkan secret resepi hehe beras sangai tumbuk.Memang lain benar hasilnya, kuahnya pekat dan sedap.Biasanya saya akan menggunakan bawang besar blend untuk memekatkan kari.Kali ni saya kongsikan beberapa petua untuk sedapkan kari.
Sedap kuah pekat2 camni.Bendi lupa beli..namapk bodow2 ajer huhu
 Ini rupa beras sangai yg ditumbuk..ni lom siap tumbuk lagi..masih kasar2 hehe
RESEPI KARI IKAN JENAHAK
Sumber Petua : Chahaya Sheila
Resepi: LiNa Pg

Bahan - Bahan:
2 ketul kepala ikan jenahak  (kali ni guna 4ketul isi ikan jenahak)
2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
1 sudu kecil serbuk kas-kas
1 sudu kecil halba campur
2 sudu makan cili giling
2 sudu makan gula merah
1 labu bawang besar (dihiris nipis )
6 ulas bawang merah ( tumbuk )
2 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 cm halia ( tumbuk )
2 biji buah tomato dibelah empat
Daun kari
1sb beras (sangai)kemudian tumbuk halus
Kacang bendi
Minyak
Air asam jawa
Garam dan perasa
Air secukupnya

Cara Penyediaan: 
Tumiskan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
Masukkan beras sangai yg ditumbuk halus.
Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
Masukkan air ikut suka banyak mana.
Masukkan cili padi (petua menyedapkan kari).Boleh juga masukkan cili hijau yg dipatah-patahkan.
Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
Kemudian masukkan ikan.Simbah2kan kuah ke atas  ikan.Sesuaikan rasa
Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

11 comments:

Amie said... Balas

Wah! Menariknya resepi ni Lina... tak muak dengan santan, pekat pula dengan beras tumbuk ye, memang patut dicuba ni. Tq for sharing darling.... banyak dah ngukis?

Asyifa Mustaffa said... Balas

1st time ni tgk kari masak dgn beras sangai...camne la rasanya...mau dicuba nnti...

Qashmere said... Balas

A ah pertama kali dengar..tapi nampak sedappppppp!!!

JaSSNaNi said... Balas

sedapnya.. nak try gak lah... kari jadi pekat kan camni.. teringat hari tu dlm pantang, mr mama masakkan kari jenahak.. punya la sedap.. sampai skrg teringat.. hmmm..

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Mmang sdap kak amie, selalunya kalau kari camni sy tak guna santan tp pekatkan dengan bawang besar.Tp kali ni guna beras tumbuk lagi best..

LiNa_Pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
Cam pelik kan beras masuk dalam kari, tp sedap...tak rugi bereksperiment dengan petua ni

LiNa_Pg said... Balas

@Qashmere
Memang sedap..harus cube :)

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
Suka kari pekat2 camni.Cubalah Nani..insyaAllah sedap

tun_telani said... Balas

Salam kak lina... 1st time jugak dgr kari letak beras sangai nih.. nmpk elok pekat dia.. kalau tun dh buat lepeng bawang nih. mmg feveret la lempeng bawang cicah kari ikan..

EmbunRosaliza said... Balas

Sangat menarik resipi ni, nampak kaw2 kari tu, boleh di cuba juga ni. memang tak pernah mkn n mencuba kari letak beras ni, teruja nak mkn rasanya

Beau Chale said... Balas

1sb tu apa ya..1 sudu besar ke?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...