Assalamualaikum...
Dah start wat kukis ke kawan2?Sy baru nk warm up ni, cam biasalah mestilah wat sekut yang anak2 suka..hurm apa lagi kalau bukan samperit/Biskut Dahlia ni..Jangan bergaduh lak kata ni Samperit..ni Biskut Dahlia.Sebenarnya adunannya sama jer, yg membezakan ialah bentuk sama ada seperti bunga dahlia atau dibuat panjang2 tuh..
Saya masih lagi mengekalkan resepi CMG.Rasanya dari awal celik IT ni, sy guna resepi ni..Kiranya menu wajib 2x setahun.Raya Posa dan Raya Haji,mesti buat ni..yang dah buat ni pun dah nk abes dah..nmpak gayanya nk raya kena wat lagi (itupun kalau sempat la..)Walaupun dah banyak kali buat sy tepek gak rcp kat sini supaya senang kawan2 nk refer.Kalau nk tengok versi yg terdahulu boleh klik SINI dan SINUN
Yang ni snap terus atas redai...lom sejuk lagi..maaf yea gambar dari enpon jer ni..bukan apa..kang masuk balang suma..sayang pun kalau tak ambil picas
Cantik kelopak bunga ni
RESEPI BISKUT DAHLIA/SAMPERIT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
Sumber : CMG
Bahan-Bahan: (anggaran 120biji)
- 300 g mentega
- 160 g gula aising
- 2 kuning telur (LiNa Pg gn gred A)
- 1 camca teh esen vanilla
- 240 g tepung gandum*
- 100 g tepung jagung*
- 160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
- Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
- Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
- Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub balik gn spatula sj)
- Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit (LiNa Pg bako suhu 165'C selama 15-20min, gn api atas dan bawah supaya biskut masak sekata)
- Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Note:
Kali ini LiNa Pg hanya menggunakan spatula sahaja, gaul mentega dan gula hingga sebati, kemudian masukkan telur dan esen-gaul lagi, kemudian masukkan tepun sedikit demi sedikit kaedah kaub balik
Note:
Ini adalah versi terbaru Biskut Dahlia yang saya buat.Saya sediakan video tutorial jugak
BISKUT DAHLIA 2019
Ada sedikit perbezaan dalam bahan yang digunakan.Alhamdulillah sedap dan rangup
11 comments
Popular betul biskut sempritkan Lina... dari kecik2 dulu sampailah sekarang mesti jumpa biskut evergreen ni...
ReplyDeleteCantiknya bentuk biskut dahlia ni, namak comel je kelopak2 tu, kalo akk buat mesti kelopak meleper sikit hehhe. Akk ni belum beli bahan2 pun lagi nakbuat sekuk huhu
ReplyDeletememang macam boleh tercium je baunye yg wangi..oh,mesti gebu sekali rasanya..yum2!!!
ReplyDelete@Amie
ReplyDeleteMemang betul tu kak amie..evergreen, biskut lama yg tetap diminati
@EmbunRosaliza
ReplyDeleteKali ni okey sket kelopak munge tu..nmpk comey sket
@Teacher Basariah
ReplyDeleteBetul tu Ticer, bila buka balang biskut aduh tergoda abes ngan aroma sekut pesen lama nih
Bestnya biskut ni...
ReplyDeletesemperit famili saya jenis panjang-panjang. hehehe
ReplyDeletesalam ramadhan...nak mencuba buat ni...tahun2 sudah pernh buat...tp sikit aje..buat kali kedua x sedap..
ReplyDeleteTerima kasih ya...
ReplyDeleteterima kasih resepi.boleh cuba..jemput singgah blog saya ea.. dirawanhartawan.blogsport.com
ReplyDelete