Sunday, August 21, 2011

Biskut Dahlia@Samperit

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua.Alangkah seronoknya kalau time cuti ujung minggu boleh dok golek2 santai kat umah sambil layan tv.Boring layan tv bleh sambung layan mata plak.Hari ni tak boleh nk santai2 sebab masih ada keje yg blum beres.Jap lagi nak kuar pi shop'g sedikit barang untuk hari raya.Hmm belum abes2 lagi menyoping selagi tak raya hahaha.
Projek mengukis ni saya wat malam tadi.Kalau ikutkan hati dah malas nak ngukis sbb rasa tak larat sangat sebab seharian pi mengukur BJ Komplek cari baju melayu ngan baju kuring utk kami semua.Penat, lenguh kaki memang complet set la.Tapi disebabkan anak2 asyik tanya bila mama nak wat biskut kuning yang guna kastad tu...kugagah jugaklah godek2 wat kukis ni.Memang sedap Biskut Dahlia ni.Pestaim jumpa resepi ni, terus melekat ngan resepi.Masih stick ngan resepi CMG.Saya tepek resepi kat sini.Kalau sesiap yang berminat, bolehlah mencuba:
BISKUT DAHLIA@SAMPERIT

Bahan-Bahan: (anggaran 120biji)
300 g mentega
160 g gula aising (linapg gn gula castor)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising/gula castor hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.(Linapg gn kaedah kaub balik gn spatula sj)
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C selama 10-12min)
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Tips: Lina_pg guna api atas dan bawah supaya biskut masak sekata dan tahan lebih lama (itupun kalau tak abes la hik3)
sedap biskut..gebus dan cair dalam mulut
byk gak hasilnya

16 comments:

Kak Rosaliza said... Balas

Assalam, semua bahan2 ada kat umah ni, tapi bab nak mendahliakan tu yg takut takdan huhuhu.m mmg sedap sekuk ni, comel2 belaka, dah boleh amik tempahan tu hahah

lina_pg said... Balas

kak rosa> wslm..sekuk dahlia cepat jerr nak siapkan.main tekan jerr.Kalau terpa nk kena cani bagai..sedap ni peberet budak berdua tuh.Smalam As dh testing dekat 30biji dah hehehe

ilahjy said... Balas

salam lina
dah 2 kali raya kak guna resepi CMG TU mmg kekal bentuknya seleps bakar dan sedap...

ijayuji said... Balas

Salam kak lina! sedapnyerrr! nak buat jugak biskut dahlia aka semperit nii tp sejak mula pose dah 2 hari ni terus jadik mcm pemalas gituuu :D sib baik masa cuti kita dah buat sekut dulu kalau tak mmg tak de beskut lerrr umah kita hihihi...

lina_pg said... Balas

kak ilah>wslm kak ilah, mmg sedap kan rcp CMG ni.Saya pestaim wat terus melekat ngan rcp ni

lina_pg said... Balas

ika> wslm ika..umah ika dah mcm sekuk raya tu..akak baru ada 2jenis jerr.Ingat nk top up satu jenis jer lagik.Malas dah rasanya ni

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina...Baru ptg tadi anak akak suruh buat biskut bunga kuning, tahun lps ada buat dahlia ni...tengok2 kat sini dh ada biskut tuu..Mmg sedap kan biskut ni, slalunya 1st skali akan abis...

lina_pg said... Balas

azlina> wslm..biskut bunga kuning hehehe..bdk2 mcm2 nama yg dibagi..mmg sedap biskut..cam magic jerr masuk mulut terus ghaib hik3

izahdaut said... Balas

comelnya kuih akak ni. sekata je bentuknya. saya kalau main picit2 gini, kengkadang senget bengit. hehe.. ni kuih melted in teh mouth kan kak

Ummi said... Balas

Salam Lina....waaah dah menyamperit eh..hehe, akak belum cuba lg samperit CMG nih...mst sedap kan...alaa..bila laa nak buat, mcm2 dlm list...huhuu

Deliah's Deli said... Balas

sekut cair di mulut ni..sedap! :)

lina_pg said... Balas

izah> anak2 akak suka sgt ngan samperit ni.Tu yg rajin menyamperit.Seronok tgk anak2 mkn.

lina_pg said... Balas

kak ummi> wslm kak ummi,sedap sgt samperit CMG ni, pestaim wat terus jatuh chenta..sukatannya pun mmg tepat

lina_pg said... Balas

Del> mmg betul cair dalam mulut..cam magic...ghaib terus hik3

HaSue said... Balas

kukis nih mmg sedap kan kak..biasa last abis time raya sebab byk dr biskut biasa..hehe..cantik kukis akak tu

lina_pg said... Balas

hasue> mmg sedap kukis ni..dah berzaman biskut ni ttp malar segar hehehe.Sering dapat perhatian w'pun biskut pesen lama.Umah akak bskut ni laku

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...